Wednesday, April 29, 2009

TRUE STORY (5)

Hari ahad lepas, kitorang pergi dinner with uncle and grandma kat kedai al-rawshah. Dalam pukul 7ptg macam tu, food pun sampai. Makan-makan, sedar-sedar dah azan maghrib.

Apa yang kagum kat sini ialah, apabila habis aje azan, pekerja kat situ terus pergi surau yang memang sedia ada kat situ, solat jemaah. Tinggal sikit je pekerja yang buat kerja kat dapur.

Kalau nak tengok pekerja kat kedai makan sekarang solat masa masuk waktu memang susah. Macam satu kedai yang kami pergi kat bangi hari tu. Nama kedai tak ingat tapi kedai tu memang besar.

Nak dijadikan cerita, kitorang makan kat situ dalam pukul 1.45 ptg. Tengok kat masjid masa tu memang penuh lagila sebab hari jumaat.

First time jejak kaki kat kedai tu, terus rasa tak best. Sebab ramai pekerja lelaki yang lepak kat situ, padahal orang lelaki lain tak keluar lagi masjid. So, nampak sangatlah pekerja ni tak solat jumaat.

Lepastu, yang amek order tu lelaki. Dia amek order bukannya diri, tapi duduk. Dahlah kitorang yang makan tu semuanya perempuan. Konon tak malu la tu.

Dia duduk kat kerusi yang kosong sebelah . Rasa macam nak tanya je, "tak solat jumaat ke". Tapi oleh kerana mulut ni tak berani nak luahkan, so diam je lah. Tak best langsung makan. Dahlah diorang buat bising. Food dia pun biasa2 je tapi mahal gila. (teruknya, mengutuk)

Then. Berbalik kepada cerita kat kedai al-rawshah tadi. Lepas habis makan, kitorang singgah solat kat satu masjid dekat-dekat situ. Masa nak solat tu, ada 2 perempuan arab tengah solat.

Masa tu pula, ada sorang makcik tu asyik cakap je pasal orang arab tu, "tak nampak muka langsung... sah ke solat tu..." and bla.. bla...

Memangla kalau dahi tak kena lantai tak sah. Betul juga cakap makcik tu sebab kamipun nampak mata orang arab tu je. Yang lain tertutup. Tapi tak tahulah kalau dorang ikut mazhab lain yang tak tahu.

Lepas orang arab tu habis solat, dengarla diorang cakap apa entah sesama diorang. Dengar suara diorang macam budak lagi. Tak tahula diorang faham BM ke tak. Then, diorang pergi.

kitorang pula baru nak solat. and adik solat pakai kain solat tanpa telekung. (faham kan). Takut la juga kalau makcik tu tegur kenapa tak pakai telekung la, bla.. bla la... sebab faham-faham jela, orang sekarang kalau tengok orang solat tak pakai telekung nampak pelik.

Tapi, makcik tu tengok kami biasa je. Habis solat, lipat-lipat kain, dengarla makcik tu tanya sorang kakak tu, "baca quran berdiri boleh tak?" Lepastu kakak tu macam tak tahu nak jawab.

Lepas kakak tu pergi, makcik tu tanya kami pula. Baru je fikir nak lari, tak jadi. Lebih kurang macam ni la perbualan makcik tu dengan kami;

makcik: baca quran berdiri boleh tak?
my sis: boleh
makcik: betul la tu boleh. makcik pun selalu baca quran berdiri.

kami pun fikir, ehm... makcik ni saje nak tanya kot.

makcik: sekolah lagi ke?
dengan spontannya menjawab: a..ah

then baru terfikir yang ni sebenarnya dah habis sekolah. Tak pelah. jawabkan untuk adik . Kalau cakap dah habis sekolah, lagi banyak makcik tu tanya.

makcik tu tanya lagi: sekolah ape
: al-amin kat gombak
makcik: belajar apa ye kat situ?
: belajar macam sekolah lain juga tapi ada bahasa arab
makcik: o.. jadi boleh cakap arab la

kami senyum je.

makcik:___ min banati rokaba al-qitor ila KLCC

Blur sekejap. Tak faham samaada makcik tu saja nak cakap BA ke atau nak kami terjemahkan.

then makcik tu kata: susah tadi tu. ni pula, adrusu alluratul al arabiah
O... baru faham. makcik ni nak kitorang terjemahkan dalam BM. So, kami terjemah jela.

Alhamdullilah makcik tu tanya sikit je. Then kami ambil peluang untuk lari. Tapi sebelum tu kena salam makcik tu dulu. Nanti dia cakap apa pula kalau bla macam tu je.

Hu2. Makcik tu memang suka uji orang la. Tapi kami rasa lega la sebab boleh jawab soalan makcik tu and sekaligus membanggakan nama al-amin... HUA6

Ok. So mulai sekarang, kita perlu bersiap-sedia dengan soalan2 yang mungkin akan ditanyakan kepada kita tanpa kita jangka. Manfaatkanlah ilmu yang telah dipelajari di sekolah dahulu.

Lagi satu, kalau korang buka kedai makan, buat shif untuk pekerja solat. Kalau diorang tak solat, pecat je! Baru ada berkat...

Monday, April 27, 2009

MY IDOL

This math test can predict your favorite idol. Try it without looking at the answer. Pick 1 favorite number from 1-9. Then use that number, x3 then, +3, then x3 again. You will get a 2 digit number. Add the 2 number and find your idol!!!

EXAMPLE: my fav. num. is 3. So, 3x3=9, 9+3=12, 12x3=36, 3+6=9



1. Mawi (suami Ekin)
2. Dato' Siti Nurhaliza (isteri Dato' K.)
3. Nurul (x-wife Ajai)
4. Faizal Tahir (x-group Mirwana)
5. David Archulate (no2 American Idol)
6. David Cook (winner American Idol)
7. Rihanna (?)
8. Obama (presiden US)
9. Nabi Muhd sallallahualaihi wasalam
9.
hehe. Tq ye...

Kesimpulan, jadikan nabi sebagai idol kita sebab semua sifat-sifat yang baik ada pada nabi...

thank 4 ur choice

Saturday, April 25, 2009

...

Special to all my friends...
if one day change to
please advise...

Friday, April 24, 2009

Di Sebalik Nama E-mel...

Masa Ignoring You tengah kebosanan melihat-lihat blog orang lain, tetiba jumpa pasal ni. Oleh kerana malas nak menaip today, Hmm 2 copy & paste je artikel bawah ni...

Artikel sumbangan ::nasrifah:: di Forum Lubuk Inc

Gunakan Nama Penuh


Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran atau lain2

Hehheh… ramai yg suka buat email macam ni.Contohnya funny_girlz@yahoo.com atau luv_icecream@yahoo.com.Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.hepy go lucky dan anda pasti selesa bersama mereka.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sajalah...

Thursday, April 23, 2009

Wednesday, April 22, 2009

TRUE STORY (4)

FOURTH STORY: couple...

Kenapa kita bercouple? Sebenarnya, pelik tengok budak-budak daripada sekolah agama especially, bila habis form 5 or masuk universiti aje dah mula bercouple. Kalau bercouple melalui SMS and chatting aje masuk akal la juga tapi ni sampai berpegang tangan, berpelukan and anything lagi la.

Mungkin tak social sangat, sebab tu tak boleh terima macam mana diorang boleh bercouple sampai bergambar pegang2 and peluk2. Sebenarnya SMS and chatting pun tak boleh tapi bolehlah tak rasa pelik sangat sebab memang kebanyakan budak termasuk budak yang nampak baik bercouple guna cara ni ( tak terlibat yea).

Nak cerita sikit pasal masa sekolah rendah. Masa tu, cikgu ada tanya semua budak darjah 6, macam ni lah lebih kurang; "siapa yang TAK PERNAH call @ terima call (masa ni handphone tak popular lagi, so tak main SMS2 ni) daripada orang yang bukan sejantina, angkat tangan".

So, and the geng dengan bangganya angkat tangan. Kenapa kami bangga? Sebab kami diantara golongan minoriti yang angkat tanggan (boleh dikira berapa aje). Yang golongan mijoriti memang ramai, pun tak sangka.

Oleh itu, apa yang boleh disimpulkan di sini ialah and the geng tak popular dan tak bercouple walaupun melalui telefon. Kami masih suci. Hahaha! Taklah, bukan nak cerita pasal ni.

Balik kepada survey yang cikgu buat tu, kita boleh tengok walaupun baru darjah 6, tapi dah ada yang bercouple. Bukan semua yang tak angkat tangan tu bercouple sebab ada yang kena kacau melalui telefon, tapi dia tak layan pun. Case ni dimaafkan sebab dah orang popular, apa boleh buat...

tahu korang tahu apa yang betul and salah. Akhir kata, doakan semoga kita, kawan kita and saudara kita tak pilih jalan yang salah sebab memang apa-apa yang salah tu adalah mijoriti. Maksud ramai sangat orang yang ikut jalan yang salah...
pss.. lagi satu hukum bercouple tu "haram" tau... remember this!

Dear my friends,


Tuesday, April 21, 2009

NAK JADI POPULAR?

Ni nak tulis sikit pasal popularity. Macam yang kita tahu, semua orang suka kalau jadi popular. Kenapa nak popular? Bila dah popular, mesti dapat anugerah macam ABPBH. Apabila dapat anugerah, popularity semakin meningkat dan tawaran yang diterima pun semakin banyak. Ini kalau untuk artis lah. Kalau kat kolej, mungkin situasinya lain.

Nama, kedudukan dan pangkat. Kenapa manusia nakkan semua ni? Sebab memang fitrah lah. Apa-apa pun, ingat lah cerita uwaiys. Walaupun beliau di bumi ni tak popular, tak kaya dan tak ada pangkat, tapi dikalangan penduduk langit, beliau sangat-sangat popular.

Ingat lah bahawa semakin popular kita, semakin banyak soalan yang akan ditanya pada hari kematian kita. Orang islam yang tak popular dah masuk syurga dulu, kita yang popular ni pula masih disoal oleh malaikat.

So, motivasi bagi orang yang tak popular, dont be sad. Maybe we not popular in world but if we doing well in ibadah, we will be popular among para malaikat (Betul ke ayat BI ni??). Bilangan malaikatkan lagi banyak dari manusia!

So, up to you lah, dunia atau akhirat...

Sunday, April 19, 2009

CARA KENALPASTI BARANG TIRUAN

Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari China. Yang mana kebanyakan barangan dari China adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari China atau selainnya?
Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang “Made in China” ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode. Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya.
Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.

885 Thailand
00-13 US/Canada
729 Israel
570-579 Denmark
690-695 China
955 Malaysia
899 Indonesia
480 Philippines
489 Hong Kong
500-509 UK
888 Singapore
930-939 Australia
940-949 New Zealand


Harap maklum...

Wednesday, April 15, 2009

WHAT WE CAN DO IN HOLIDAY? (3)

THIRD THING WE CAN DO: cut & paste...

Ni masa cuti hari tu, adik kena buat kerja seni iaitu cut & paste. pun tolong lah dia buat kerja seni tu sama-sama. Nak buat benda ni senang je. Potong kertas warna kecik-kecik. Then, tampal lah ikut kreativiti kita.

So, hasilnya macam kat bawah ni...


Macam tu lah rupanya. Tak lah lawa pun tapi best lah jugak buat benda ni. Cut & paste aje. Try lah buat...

Tuesday, April 14, 2009

TRUE STORY (3)

THIRD STORY: ulat luar biasa...

Pada hari apa entah, adik terjumpa seekor cacing yang pelik. Mungkin rupa cacing ni pelik pada kami aje kot sebab kami jarang jumpa cacing kat rumah.

Oleh kerana terlalu teruja, adik pun ambil lah gambar si cacing...


nampak tak mana dia


ni lah dia. perasan tak mata dia besar


sebenarnya tu corak dia aje. mata dia macam cacing lain

Ok. Tu lah aje ceritanya...

Monday, April 13, 2009

MARJERIN & BUTTER, MANA LEBIH OK?

Apa perbezaan antara marjerin dan butter?
Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai. Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain.
Marjerin pula menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia juga sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.
So, anda tentukan mana yang lebih baik...

Sunday, April 12, 2009

ABPBH 2008

AMARAN: post ni keduniaan sikit. so, lebih baik jangan baca!!!

This night ada anugerah bintang popular berita harian. Siapa bakal menang? pun tak tahu sebab tak baca paper berita harian. So, calon-calonnya pun tak tahu. Tapi, nak juga tengok sebab suka-suka nak tengok.

Yang paling best nanti tengok pakaian yang artis-artis ni pakai. Glamour tuh. Jom kita tengok anugerah berita harian ni malam ni dan sama-sama lah kita menilai pakaian artis malaysia kini.

Saturday, April 11, 2009

WHAT WE CAN DO IN HOLIDAY? (2)

SECOND THING WE CAN DO: draw...

Masa tu mak beli buku ASUH untuk adik yang sekolah rendah tu. Kebetulan pula hari tu cuti. So, dengan semangatnya bacalah buku ASUH tu dulu.

Tiba-tiba, ternampak ruangan mewarna (konon terkejut la). Oleh sebab tak ada kerja, pun melukis (tambah sikit2) & mewarna ruangan tu bersama adik yang bersekolah menengah.

Hasilnya seperti dibawah...


Tak habis lagi tu. Lepas tu, kitorang letak nama adik yang sekolah rendah tu (padahal dia langsung tak warna apa-apa) & hantar hasil tu pada ASUH. Yalah, kitorang kan tak layak masuk pertandingan mewarna tu.

Dengan penuh keyakinan yang kitorang akan dapat hadiah (saguhati pun tak apa), tunggu punya tunggu, result pun keluar. tu la, menipu lagi...

Tekala kitorang dapat nombor berapa...