Wednesday, August 31, 2011

...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
31 Ogos 2011

wartawan: Miss, sila bagi ucapan sikit.
: selamat menyambut hari kemerdekaan. saya bangga menjadi anak malaysia.
wartawan: lagi.
: lagi?

CUT
director : Miss . baca skrip ni baru senang sikit.

ACTION
: sempena hari kemerdekaan Malaysia yang dicintai ini,
saya berdoa dan berharap,
agar Malaysia akan sentiasa aman, makmur dan sentosa,
dibawah pimpinan YB Perdana Menteri dan orang2 kuat nya.
buat diri kita pula,
merdeka kan lah diri dan jiwa,
kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan iman yang penuh di dada.
saya bangga menjadi anak malaysia.

THE END

WARNING: cerita ini hanya rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.


p/s: hai. sekarang ade kat kampung. tak on9 pun tapi post ni automatik keluar sendiri melalui kuasa minda . haha.. power kan? =_=
taklah, dah set kan post ni keluar hari ni.
sape yang nak tahu macam mane nak set kan bila post korang akan keluar automatik tanpa korang on9?
ok, biar ajar (walaupun takde sape mintak)

1st- tulis post korang
2nd-tekan post options.
3rd-tukar post date and time, ikut yang korang nak
4th-publish post.

post korang akan keluar sendiri pada hari dan masa yang dah korang set kan. selamat mencuba ;p

Tuesday, August 30, 2011

SYAWAL pun tiba...



di hari yang mulia ini,
nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
kepada semua yang mengenali diri ini.
SALAH DAN SILAP
harap dimaafi.


kalau2 ade berhutang dengan korang,
tolong halalkan atau inform secepat yang mungkin.

lagi satu,
korang tolong doakan dalam final exam lepas raya ni.
doakan dapat buat yang terbaik
Amin...

sekali lagi,
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL
MAAF ZAHIR BATIN...

Sunday, August 28, 2011

Ghuraba (part4)


hari ni dah masuk 28 Ramadhan.
kemungkinan esok atau lusa raye.
ape yang tak suka pasal raye ialah syaitan keluar.
--> dislike

ok, semalan dah cerita pasal merokok.
hari ni nak cerita pasal tiang agama iaitu.....

.........................................................................................

4th: solat

Sekarang realitinya ramai yang tak ambil berat pasal solat.

Qada’ solat, tak solat subuh, tak solat jemaah(utk lelaki), semua tu dah jadi kebiasaan.

Untuk perempuan, ade yang qada solat sebab taknak amek wudu,

nanti mekap hilang, so dorang solat kat rumah nanti,

lagi satu solat jemaah untuk lelaki,

kat masjid tengok saf lelaki 2 je. Sedih…

padahal pada zaman nabi dulu,

nabi akan bakar rumah orang2 yang tak pergi solat jemaah ni.

Ni menunjukkan betapa besarnya kelebihan solat jemaah untuk lelaki.

dalam situasi di universiti pulak,

Kalau ada kawan tu nak pergi solat jemaah,

Mulalah kata alim la ko ni, ustaz, …

Sebab itu lah ramai taknak solat jemaah,

sebab nanti akan dilabel dan dipandang pelik oleh orang lain.

Cubalah bagi galakan atau yang paling mudah, DIAM.

..........................................................................................................

wokey, bawah ni ade hadis and ayat Quran pasal ghuraba ni.

copy paste je ni...

Rasulullah SAW bersabda:

“Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka beruntunglah orang-orang yang asing(ketika keasingan Islam yang kedua itu)”

Hadith riwayat Muslim.

Perkataan beruntung di dalam terjemahan hadith ini, menggunakan perkataan ‘Tuuba’.

Rasulullah SAW tidak menggunakan perkataan ‘Basyara’ yang juga membawa maksud kegembiraan, keuntungan.

Mengapa? ini kerana, ‘Tuuba’ adalah keuntungan yang tertinggi.

Apakah keuntungan yang tertinggi? Semestinya syurga Allah SWT.

Itulah ganjarannya bagi mereka yang menjadi asing dengan membawa Islam di tengah masyarakat meninggalkannya.

“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 12-13.

p/s: tamat sudah pasal tajuk ghuraba. salah dan silap harap dibetulkan. chow

Saturday, August 27, 2011

Ghuraba (part3)



hari ni da masuk hari ke-27 Ramadhan.
huhu...
mungkin tahun depan kita takkan lagi berjumpa dengan Ramadhan ni.


ok semalam dah cerita pasal ghuraba dlm couple.
hari ni kita sambung pasal...

.................................................................................

3rd: merokok

Merokok pun ada?

yup. Kan ramai orang lelaki terutamanya yang merokok.

Walaupun dorang tau rokok tu haram,

Tapi dorang still juga merokok.

Sebab mula2 dorang merokok? --> pengaruh kawan.

“Kalau si D ni tak merokok, dia akan dianggap ganjil dalam gengnya.

Dan akan dianggap seperti pengecut.”

Sebab itu sikap seseorang tu banyak dipengaruhi oleh kawan2.

So carilah kawan2 yang baik.

Tapi jangan lah berpuak2 sangat.

Org yang nakal2 kita taknak kawan.

Jadi, siapa yang akan bimbing dorang menjadi baik?

Lagi satu, kagum kalo ada sorang budak baik kawan dengan budak2 yang semuanya nakal2,

dalam masa yang sama budak baik tu tak terikut dengan perangai budak2 nakal tu.

Yes, I respect u. thumb up!

Samalah kalau kawan2 dia semua merokok,

Dia sorang je tak merokok. Wau, hebat!