Sunday, January 29, 2017

Mysore, India.

Tempat yang terdekat dengan Bangalore yang boleh korang lawati adalah Mysore.
Mysore ni merupakan famous cultural heritage centre of Karnataka.
Jarak dari Bangalore ke Mysore lebih kurang 143 Km atau 2 jam setengah.
Kitorang pergi sini dengan kereta yang telah ditempah oleh tempat kerja kitorang.

Bertolak dalam pukul 9:30am. Sampai Mysore dah tengahari. Perut pun dah lapo.
So, pergi singgah KFC dulu untuk makan.

KFC di Mysore.


Kat India ni, setahu aku KFC kat Bangalore dan Mysore Halal.
Kat daerah lain macam Delhi tu aku xpasti.
Tapi kat Mysore ni memang dia ade tulis Halal.
Nak menyakinkan kitorang lagi ade orang Indian Muslim pakai tudung family makan dalam ni.
Ade tulis Halal kat sini tapi camera hodoh, xnampak tulisan.
Promotion KFC masa tu.

Krushers pun ada.

Desserts dan air.

Menu nasi pun ade. (Sorry malas nak rotate gambar. haha...)

Set meals.

Bucket.

Burger.
Menu kat atas ni aku snap sebagai rujukan korang yang nak kira budget untuk makan KFC kat India ni. Nasi dia aku xberapa suka sebab rasa macam nasi briyani.

Lepas habis makan, kitorang menuju ke tempat yang memang popular di Mysore iaitu Mysore Palace.
Mysore Palace ni memang besar. Kitorang pergi masa hari Sabtu. So memang ramai orang.
Masyarakat India. Saree memang pakaian harian dorang kat sini.
Seni bina palace ni lawa jugak. Menurut dorang palace ni punya architectural style dikenali sebagai Indo-Saracenic.  
Ia merupakan gabungan antara Hindu, Muslim, Rajput, and Gothic styles of architecture.
Bahagian luar palace.

Sebelum masuk dalam bangunan palace, kita kena buka kasut kat luar.
Dorang ade sediakan tempat simpan kasut.
Tapi macam biase, kena bayar!
Nak masuk kena simpan kasut dalam ni. Tapi bukan free ye. Kena bayar jugak.
Bahagian dalam palace xboleh ambil gambar. Memang dorang jaga betul2.
Kalau dorang nampak ade orang nak snap gambar dorang akan marah orang tu.
Dalam tu seni bina dia agak unik. Tapi aku ni jenis yang xpandai tengok. haha...
Dalam tu xlah besar mana pun. Dalam 20minit round, pastu keluar.
Unta pun ade untuk sesiapa yang berminat nak naik.

Palace dari luar. Dalam xboleh ambil gambar.
Mysore palace dibuka everyday from 10am to 5.30 pm.
Tickets for Adults Rs40, Children below 12 years Rs25, Children below 7 years Free, Foreigner Rs200! (mak ai, mahal 5x ganda)
Bus services are available every 5 minutes from Bangalore. Luxury and normal buses are also available. Pasal bas ni aku xpasti macam mana nak book.
For more information please visit KSRTC Website www.ksrtc.in
St. Philomena's church. Famous sebab architecture dia yang menarik.
Next kitorang pergi tengok church yang terkenal di Mysore ni disebabkan reka bentuk dia.
Namanya St. Philomena's church. X masuk pun, snap gambar dari luar je.

Lepastu kitorang meneruskan perjalanan ke next attraction place di Mysore ni iaitu The Brindavan Gardens. Garden ni merupakan the best-illuminated terrace garden in India.
At Brindavan Garden.
Nak tahu kenapa ia antara best garden di India? Bacalah bawah ni aku copy paste:
"The Brindavan Gardens, a celebrated beauty spot in this part of India is world famous for its symmetric design. It is one of the most beautifully laid out terrace gardens in the world." 
Fountain.
"Located in the Krishnaraja Sagar dam site in Srirangapatna taluk of Mandya district, the Brindavan Gardens is at a distance of 24 Km."
Nampak sangat malas, kerja copy paste je.

Taman yang terletak tepi dam.

Tong sampah rabbit.
"The Musical and dancing fountain, is the main attraction of the visitors. The water, coloured light and music are harmonized in the fountain to create a water ballet controlled by an aquatic organ operated through a controller. Water is pumped to the fountain and the operation is computerised. All the other fountains run due to the water pressure from the dam." 
The Musical and dancing fountain ni aku tengok jugak. Time magrib2 tu dorang buat persembahan fountain berirama. Yelah buat waktu magrib sebab waktu tulah start gelap. Persembahan ni memang kena buat gelap2, kalau x, xnampak lah lampu dari fountain tu yang menari2. Fountain tu menari ikut lagu Hindustan yang dorang pasang. Aku mula2 tengok tu ok lah. Tapi dah masuk lagu ke-3 tu dah mula bosan sebab fountain tu nari lebih kurang sama je macam tadi. Tapi orang2 local still enjoy sambil bersorak2. Yelah lagu favourite dorang kebanyakannya. 
Sedang menunggu untuk Musical and Dancing Fountain show yang bermula pada pukul 7 malam.
Disebabkan camera aku ni hodoh, ditambah dengan keadaan gelap, lagilah xnampak ape2.
So, no picture untuk tarian fountain tu. Kalau nak tengok boleh google. 
Bawah ni details pasal garden ni:

Opening Times
The Garden is open to the Public from 6.30 A.M. to 9.00 P.M.
Transport
Many Government and private buses ply often from Mysore City to K.RS. K.S.R.T.C. buses also ply from Bangalore to K.R.S. and Mysore.
Entry Fee
Entry to K.R.S. is possible through the South - Main Gate and the North Gate. Entry fee is charged for adults and vehicles. Children below the age of 5 years are exempted from paying the entry fee.



Nilah 3 tempat menarik yang korang boleh lawati di Mysore, India. Aku listkan balik tempat2nya:
1) Mysore Palace
2) St. Philomena's Church
3) The Brindavan Gardens




Saturday, January 21, 2017

Bangalore, India. (Part1)

Assalamualaikum.

Raya tahun 2016, untuk pertama kalinya aku xdapat beraya dengan family.
Sebab tempat kerja aku ni hantar training masa bulan puasa hari tu selama hampir 5 bulan jugak.
Nak tahu kat mana?
Yes, ade kat atas tu, Bangalore (also called Bengaluru), India.

Sebelum ni memang xpernah terfikir nak datang India.
Tapi dah tempat kerja nak hantar, grab jelah peluang ni. hehe...

Before datang Bangalore ni aku ade bace blog2 student Malaysia kat sana.
Hampir semua cakap yang Bangalore ni antara bandar yang terbersih di India.
Memang betul kalau nak dibandingkan dengan Delhi.
Dan pelajar Malaysia ni duduk kat kawasan city yang walking distance dengan kedai2.
Aku dah fikir "not bad lah sebab kalau bosan boleh jalan2 bandar".

Pada bulan June 2016, aku berangkat ke Bangalore.
Kat situ, aku tinggal di Hostel yang menempatkan staff2 hospital dan students2.
Ni rupa hostel kitorang.
Macam penjara tak?
                             
Aku pergi training ni berdua je dengan kawan aku.
Dalam satu bilik ada 4katil single, 4attach locker, 1toilet, 1tempat shower dan 1sinki di luar toilet.
Toilet dengan paip.
                   
Bilik.
Tempat mandi shower.
                       
Bilik ok lah jugak tapi diluar pemikiran aku yang ingatkan satu bilik 2orang lagi best.
So aku berdua campur dengan dua lagi Indian.
Alhamdullillah dorang tu jenis yang ok. But for a month only.
After that.... Kena sabor jelah... 
Patutlah kalau kolej kat India ni International students dorang ada hostel sendiri xcampur dengan local. Baru faham.
Dan the main reason kitorang rasa xbest duduk sini sebab hostel. Kat hospital ok je.

Makanan semua dah disediakan oleh pihak hostel, memang dah masuk sekali dalam fee.
Yang senang ye kat sini sebab dorang ade yang vegetarian.
So akan ada dua jenis hidangan boleh pilih antara vege or non-vege.
Makanan petang pun pihak hostel ada sediakan. Selalunya biskut lah dorang bagi.
Ada hari2 tertentu dapatlah makan petang yang sedap sikit macam:

Payasam. Ni makan panas2 sedap. Kalau kat Malaysia kira macam bubur kacang lah. Ni lebih kurang macam bubur dorang. Tapi rasa memang lain.
Ni namanya "Bonda". Ni pun ingat nama dia sebab bonda ibu tu kan. Lebih kurang macam cekodok kita. Tapi ni bukan dibuat dari pisang. Xpasti lah daripada apa tapi rasa dia manis2. Kena makan panas2 jugak baru sedap.

Untuk air tu mula2 datang better minum air mineral je.
Tapi sebab kitorang duduk hospital punya hostel, so air dia ok.
Kitorang minum air tapis dorang tanpa masak sebab kat hostel ni cooking is prohibited.
Sepanjang kitorang duduk India ni Alhamdullillah hanya sekali je kena cirit birit.
Lori air akan datang hari2 untuk isi air tangki sbb kat sini xade saluran air terus.

Lorry air memang banyak nampak kat Bangalore ni sebab ada kawasan yang xdapat air terus.
Macam hostel ni location dia memang agak pedalaman sikit, bukan dalam bandar.
Tapi so far masalah air tu xade. Sekali jelah gangguan air tapi tupun sekejap.

Hospital
Perjalanan dari hostel ke hospital tempat aku traning tu mengambil masa dalam 15minit by bus kalau traffic smooth.
Bus hospital.
Dalam bas.
Unik x dalam bas ni. Boleh baring2.
Semua bas xde aircond. Guna angin dari luar. Nasib baik cuaca kat Bangalore ni sejuk sikit dari Malaysia.
                                      
Yang uniknya kat hospital ni ialah tempat sembahyang 4agama attach with each others.
Ada masjid, church, temple untuk hindu dan satu lagi untuk sikh.
Solat Jumaat ada buat kat sini jugak memandangkan masjid jauh dari hospital ni.
Kat sini azan dorang sejam lepas masuk waktu. So solat jumaat pun lambat sikit.
Tapi dorang tak boleh azan kuat2 guna mic macam kat Malaysia.

Tempat sembahyang yang attach.

Tepi masjid tu church.
Waktu solat masa bulan puasa.
Waktu solat Jumaat.
Food kat kantin dalam kawasan hospital ni agak bersih.
Ada jugak dua buah cafe yang terkenal kat India ni iaitu Cafe Coffee Day dan Chai Point.
Aku selalu lepak kat Chai Point memandangkan harga dia lagi murah berbanding Cafe Coffee Day.
Air chai masala dia pun sedap! Untuk staff dapat diskaun lagi tu.
10rupee (=60sen) je. Tapi cup kecik lah. Xpe asalkan puas minum. haha...
Egg puff dia pun sedap makan panas2.
Kalau nak makan kat kantin hospital pun banyak variety.
Roti ada, nasi goreng ada, mee goreng pun ada.
Portion nasi dan mee dorang memang banyak. Kalau kita boleh share 2 orang.
Vegetarian fried rice. Banyak ni.
Berbeza pulak dengan air minuman, dorang punya portion memang sikit.
Banana juice. 40rupee (=RM2.50)
Air yang terkenal kat sini ialah mosambi juice. Rasa lebih kurang macam orange juice.

Untuk kudap-kudapan atau snek boleh dibeli kat kedai runcit yang terletak di bahagian bawah bangunan hospital ni. Harga jangan risau sebab memang setiap snek akan tercatit harganya kat belakang.
Ade lambang hijau tu insyaAllah boleh makan.

Buttersctch milkshake. Agak pekat tapi sedap jugak.
Badam drink. Sedap! Ni aku recommed korang try. Harga 45rupee. 
Antara yang dijual disitu.
Kacang2 untuk dikunyah.
Di luar kawasan hospital pun ada gerai2 jual jagung, kacang, buah-buahan dan air chai(tea).
Bersih ke x? Tawakkal jelah. Untuk air aku xpernah beli tepi2 jalan ni.
Buah tu ok sebab boleh basuh balik.
Kacang dengan jagung bakar aku pernah try. Alhamdullillah perut ok.
Jagung yang dibakar betul2 atas arang. Mula2 tu takut jugak nak makan. haha...

Bilik ward dalam hospital ni aku tengok comfortable. Setiap ward boleh muat dua patient dan dipisahkan dengan divider kayu. Memang agak privasi daripada duduk kat hostel kitorang.
Ada satu extra katil lagi tu untuk waris yang meneman.
Ada satu bathroom yang agak modern dalam setiap bilik.
TV dan aircond ada satu kena share. Lampu dan kipas ada dua. Suis kat tempat katil masing2.
So tak ganggu patient sebelah kalau kita nak tutup lampu atau kipas masing2 punya bahagian.
Almari kayu untuk baju pun disediakan. Cuma bawa kunci mangga jelah untuk simpan barang2 berharga dalam tu.

Bilik ward.

TV dan almari baju.
Boleh kunci tapi kena bawa mangga sendiri.

Perayaan
Kat India memang banyak perayaan yang ada. Tapi disebabkan Bangalore ni dalam daerah Karnataka, hanya beberapa perayaan je yang dapat cuti umum.
Masa perayaan ni memang dorang suka buat hiasan.
Sampai kenderaan dorang pun dorang hias warna warni.

Bas yang dihias sempena hari perayaan dewa dorang.

Dalam bas pun siap berhias.


Warna-warni lagi tu...
Ni dalam hospital, depan lift.

Buah yg dicalit dengan pewarna merah. Tengok macam sedap je kalau dapat makan. 

Untuk Hari Raya Aidilfitri, kitorang hanya sambut berdua di hospital.
Xcuti sebab bukan public holiday Karnataka.
Kitorang raya awal sehari dari dorang memandangkan start puasa kat Malaysia awal sehari.
Jadi berayalah sambil bekerja di hospital.
Pagi2 tu nampaklah orang2 solat raya, tapi lelaki je semua.

Ni waktu raya adha.

Solat raya.

Memang xrasa macam raye langsung kat sana. Haha...
Dua2 raya pun macam hari2 biasa. Sebab kitorang berdua je kat hospital tu.
Memang sepanjang kitorang duduk kat Bangalore ni xpernah jumpa student2 Malaysia,
walaupun kitorang pergi outing kat bandar.
Padahal ramai je student Malaysia kat bandar Bangalore ni kan. 
Tempat training kitorang ni kot agak rare sikit. haha...



Untuk Bangalore (Part2) nanti aku akan ceritakan tentang tempat sesuai untuk bershopping  
dan cara untuk pergi ke sana.