Monday, May 16, 2011

cerita di zaman sekolah

waktu sekolah dulu,
selalu;
(blur bila cikgu ajar)
(tido dalam kelas)

dan yang paling worst,
(tinggalkan sekolah macam tu je, tanpa bagi apa2 sumbangan kat skolah...)

jadi,
sempena hari guru ni,
nak ucap kan selamat hari guru
kepada semua yang bergelar cikgu.
segala salah dan silap yang pernah buat,

pengakuan berani disini: sangat2 hargai segala ilmu yang cikgu2 berikan walaupun tak berapa minat sesetengah subjek tu. sebab tanpa cikgu, mungkin akan jadi orang seperti ni


sekali lagi;
"SELAMAT HARI GURU"
hari2 pun hari guru kan =)

Thursday, April 28, 2011

tomorrow is the last exam for this sem.
then holiday for a month.

so many things i had learn this sem.
actually, there are a lot of things that we don't know,
but once we know about it,
we will start to think,
all the fate that Allah create for us,
have a reason behind that.
maknenye, ade hikmah disebalik apa yang terjadi kat kite.

jadi, jangan persoalkan kenapa kita amek ni, kenapa kita buat tu, kenapa and kenapa....
because setiap apa yang kita lalui tu ada hikmahnya.
and believe that Allah know what is the best for us :)

Monday, April 11, 2011

tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang

kalo kita kat sesuatu tempat,
and nampak ade orang yang pakai tudung & baju labuh,
mesti kita fikir,"mesti asal kelantan ni"

ok, post kali ni nak cerita pasal;
'tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang.'
tajuk ni agak panjang & pelik plk
hoho...
ni sambungan untuk post sebelum ni,

cam biase, nak cerita pengalaman N,
masa mula2 masuk ipta ni,
ade sesi kenal2 dalam kelas.
kene bgtau name, asal, sekolah.
pastu nak diringkaskan cerita disini,
ade orang kata dia ingat N asal kelantan...

tu kes first,
second kes mase praktikal hari tu,
ade orang tanye, "kelantan ye?"
bukan orang melayu tu, tapi india.

jadi, disini kita dapat lihat,
pemikiran masyarakat sekarang,
bila tengok orang pakai labuh2,
mesti fikir orang2 ni dari negeri2 timur terutamanya,
macam kelantan & terengganu.

actually, pemakaian seseorang tu bergantung pada kemahuan orang tu sendiri.
dan persekitaran takkan mampu pengaruhi seseorang tu kalo dia memang dah yakin dengan pegangan dia.

contohnya, kita dapat tengok,
kebanyakan budak yang waktu sekolah pakai tudung,
then, bila masuk ipt, dah free hair, pakai ketat2.
nak salahkan persekitaran?
mungkin jugak, tapi kita kene fikir yang kita takkan berubah kalau kita tetap pendirian.

kalau nak cakap jujur,
N tak suka kalau orang kata N ni dari kelantan,
sorry ye orang kelantan, tapi N ade sebabnya,
sebab macam menunjukkan orang yang pakai camni semua dari kelantan je.
so, orang KL semua pakai baju hot2 je ke?

nak cakap jujur lagi,
hehe... tak puas hati lagi ni.
N takde saudara mara yang duduk kat kelantan.
keluarga belah mak semua asal perak,
keluarga belah abah asal selangor.
pastu pakcikmakcik takde yang kawen dengan orang yang asal negeri timur.
jadi, N takde darah kelantan :p

lagi satu, kita boleh ubah pemikiran orang lain yang anggap orang bandar macam KL & johor pakai baju yang hot2 je.

jadi kepada rakan2 N yang pakai labuh2 tu,
please proud to be yourself,
mungkin anda akan dipandang pelik oleh orang lain,
tapi ingatlah bahawa;

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]


p/s: macam mase kat tempat praktikal N tu, ramai je orang2 kelantan pakai tudung, tapi kat luar free hair.

pemakaian anak2 tak brkaitan ngan pekerjaan ibubapa

tajuk di atas agak panjang...
macam tajuk thesis plak...
tapi dah memang tu lah bende yang nak diceritakan...

first of all...
this is the TRUE STORY,
bukan rekaan semate2...

seperti biase,
pada suatu hari,
N pergi join member makan di sebuah cafe...
(kejap2, post kali ni gune N sebagai ganti nama diri sebab malas nak letak smiley.hoho..)

tibe2,
sorang drpd member N tanye;
"N, ayah N ustaz ye?"
N dengan pantasnye menjawab;
"tak, nape?"
kawan N jawab;
"tak de, saje taye"

ok. tuje...
haha...
pendekkan cerite ni...

ok,
actually N tahu kenape dia taye gitu,
(ni agaknye la)
N org KL,
pastu pakai baju and tudung camni...

yes! dalam pemikiran masyarakat sekarang,
"pakai longgar2 gini mesti makbapaknye ustaz/ah"
atau
"pakai camni mesti asal kelantan"

for me, that is not the issue,
(kite tekankan yang makbapak ustaz/ah tu dulu)
tak semestinye orang2 yang pakai cam gini sebab makbapak nye ustaz/ah,

cam N,
(jap2. untuk mengelakkan salah sangke, ni bukan nak menunjuk ye)
ayah N dlu amek bidang comp. science,

tapi what i proud about them is,
mereka dapat hasilkan 'one happy family at home',
haha... takdelah,
maknenye kitorang anak2 semua pakai tutup camni semua bukan sebab makbapak suruh,
tapi memang automatik,
tiade sebarang paksaan atau dengan tujuan untuk ikut2...
kitorng start pakai tudung pun sebab automatik,
(actually, tak tau nak jelaskan camne.)

jadi secara ringkasnye disini,
makbapak ktorang berjaya mendidik kitorang kearah yang positif,
walaupun dorang bukan ustaz/ah.

jadi di sini N ingin menegaskan sekali lagi bahwa,
(masuk karangan BM sikit ye)
pemakaian anak2 tak brkaitan ngan pekerjaan ibubapa.

ade je makbapak dia ustaz/ah,
tapi anak dia free hair.
atau pakai ketat2 ke.

ade je makbapak dia penyayi,
tapi anak dia pakai tutup aurat.

so, marilah bersama2 kita membuang perspektif gini.

p/s: sesetengah orang tengok mak N and tengok N. dorang kate "patutlah anak dia pakai camni.mak dia pun pakai camni". erm... what i can say is my mom also not 'ustazah'. she also amek bidang comp. sekali lagi, bukan saje2 tulis, tapi supaya kita semua lebih berfikir.

Monday, March 21, 2011

Salah tafsir?

Kebanyakan orang selalu salah tafsir pasal sesuatu perkara.

Contoh yang paling simple,

Girl akan ingat boy tu suka kat dia,

Sebab boy tu selalu bertegur sapa dengan dia.

Padahal memang boy tu jenis yang suka bertegur2.

Lepastu ada pula kes macam ni,

Boy tu selalu chat dengan girl 1 dalam fb,

Pastu mulalah girl 1 ada hati kat boy tu,

Pastu girl 1 cerita kat geng2 dia,

Dalam masa yang sama,

Boy tu jugak selalu chat dengan girl 2 (bukan geng girl 1),

Pastu girl 2 pun mulalah suke boy tu jugak and cerita kat geng2 dia.

Nak dijadikan cerita,

Dua2 girl 1 and girl 2 ni ade skandel ngan boy ni (gossip antara geng2 dorang jela),

Tapi boy ni tak cakap pun yang dia suka dua girl tu.


Dan terdengar cerita ni semasa duduk ngan geng girl 1,

(yes, this is true story)

Dan jugak pada masa yang lain terdengar dari geng girl 2.

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah,

Dua2 girl tu ingat boy tu suka dengan dorang,

---> syok sendiri cam ni

Padahal boy tu memang suka berchatting ngan pompuan.


Inilah kes benar yang berlaku sekarang.

Kalau nak cakap sedikit kasar ye,

Ini kes ‘cepat perasan’.

Mintak maaf lah,

Tapi tak boleh lah tengok orang2 ‘cepat perasan’ ni.

Rase kesian ade lah jugak,

Tapi in the same time rase ‘kenapalah dorang ni cepat sangat perasan’.

Bahaya ni, senang kena tipu nanti dengan lelaki.


Setakat ni Alhamdullillah sebab orang kata ni jenis yang takde perasaan,

---> macam ni

Bukan manusia lah kalau takde perasaan kan,

Tapi jadikan apa yang berlaku kat sekeliling sebagai satu perkara yang positif,

And takkan fikir pasal benda2 yang mungkin akan jadi satu masalah pada orang lain.

Contoh paling simple,

Kalau ade orang yang selalu pandang korang sambil tersenyum2,

Mesti korang ingat dia suka korang kan.

Tapi bagi mungkin orang tu pandang orang yang kat sebelah/belakang/depan .

Atau mungkin setiap kali terpandang orang tu,

Dah memang habit dia suka tersenyum2 macam tu.

(contoh diatas adalah rekaan semata2.)


Jadi, kalau dengan memang korang kene cakap direct to the point,

Kalau korang cakap beralas2,

Memang akan tafsirkan benda tu jadi positif.


p/s: kadang2 masa happy, orang kata, “knape muka sedih je ni”,

bila takde mood dorang kata, “tenang je muka hari ni”,

bila tengah ade mood pulak dorang kata, muka garang, menakutkan.

???

p/s: reaksi muka tak melambangkan mood .

memang tak tahu cam ne nak buat reaksi muka.

So, janganlah takut dengan ye :P

Friday, March 18, 2011

balik every week

topic hari ni ialah: 'balik every week'

kalau seseorang tu suka sangat balik setiap minggu,
kebanyakan orang akan kata;
"manja kot budak ni"
"boleh balik every week, banyak duit!"
"yelah rumah dekat, makbapak dia boleh amek hantar dia"
"tak independent kot budak ni"
and bla3....

mengaku,
memang suka balik kalau ada holiday,
pendek kata every week lah mesti balik punye.
haha...:p
kecuali 2 minggu ni ye,
ni da 14 hari tak balik.
(bangge2) hahaha....

tapi,
ni tak bermaksud yang ni manja, kaya, and everything yang orang lain kate macam kat atas tu.

amaran: post ni lebih kepada untuk mempertahankan diri. haha...

first, kalau nak balik rumah tak pernah mintak makbapak amek.
(kecuali mase hari last setiap sem. sebab kena angkut brg bwk balik)
akan naik bas.
bas tu pulak bukan nya senang nak dapat.
kadang2 kena tunggu sampai 1 jam kot.
lepastu dari kolej ke KL kena naik 2 bas.
then naik LRT, baru sampai rumah.

second, balik selalunya sorang2.
kalau boleh sorang2 tu, tak independent lagi ke?

third, kalau balik kolej,
selalunya balik sendiri ngan bas.
selalunya orang yang duduk dekat2 ni kalau balik kolej makbapak dia hantar.
tapi mintak tolong ayah atau kakak N hantar balik kolej sebulan sekali je.
kalau dorang hantar lagi cepat, 45 minit je dari rumah.
kalau naik bas, hampir 2 jam 1/2 baru sampai kolej.
kalaulah ni manja sangat,
dah lama suruh abah hantar setiap kali nak balik.
tak payah tunggu bas lame2.
tapi pun kesian kat dorang,
so sebulan sekali tu adalah bilangan yang ok jika nak dibandingkan dengan orang yang duduk area KL ni, setiap kali balik, datang kolej balik ngan makbapak.

forth, pasal banyak duit nak balik.
pun tahu nak berjimat.
and kire2 perbelanjaan balik rumah lebih kurang je dengan perbelanjaan makan minum kat kolej.
yela, kat rumah makan minum tak payah risau dah.

ni jalan kiranya; (hoho, semangat woh...)
naik bas n LRT (pergi balik ye, 2 hala, bukan sehala)= rm13
makan jumaat+sabtu+ahad=rm12

makan kat kolej limitkan max. rm4 sehari.
so makan nasi sekali sehari kalau kat kolej.
pastu kalau contohnye hari jumaat nak balik rumah,
akan skip makan untuk hari jumaat tu.
tengoklah betapa kesiannya kehidupan ni di kolej.
huhu....
kalau banyak duit, dah lame belanja duit tu without fikir pasal penjimatan ni.

kalau balik rumah lagi untung,
boleh makan free 3 kali sehari pulak tu.
so, jimat kan?

so, jangan pandang negatif pada orang yang selalu balik rumah tu,
(haha... padahal nak bela diri sendiri)

tapi, memang ramai yang fikir camtu.
nak buat camne lagi...
tapi tak kisah.
hoho...
remember, jangan jadikan apa yang orang lain tak suka tu sebagai masalah untuk kita.

kalau kita rase apa yang kita buat tu betul and tak bertentangan dengan agama,
just do it and ignore what other people say.


p/s; sape yg x suke balik rumah maknenye family dia x best;p..

Friday, March 4, 2011

have a problem?

what u will do if u have a problem?
- u will share it with ur friends
-u will start to cry
- u will become more close to Allah

yes, most of the people will do like the above...
but actually we can free ourselves from these problem easily,

'make the things that seem to be a problem to other people as not our problem.'
(huh, ayat belit2)

ok,
secara ringkasnya,
jangan anggap atau jadikan sesuatu tu sebagai masalah untuk kita.

contohnya,
dia dapat tahu yang kawan dia tu benci kat dia,
reason? - unknown
tapi dia cuba and try untuk tidak berfikir bahwa benda tu sebagai masalah untuk dia.
(try n cube :p)

yelah,
kalau kebanyakan orang sekarang,
kawan dia benci dia,
dia mulalah cry2,
cerita kat bff dia pasal dia ada masalah yang kawan dia benci dia,
and bla2....

tapi actually benda tu perkara kecik,
kita jangan anggap benda tu sebagai suatu masalah,
sebab benda2 camni boleh bawa pada stress...
(hoho...masuk psychology skit)
dan boleh give effect pada pelajaran kita.

jadi kesimpulannya,
make everything that occur around u as a test and not as a problem.
then, u will not have the problems anymore,
so u can live happily with a big smile.
hahaha...

ok tuje...

"change ur problems as the things that can boost ur motivation"