Thursday, August 6, 2015

Bukit Tinggi, Padang, Indonesia.

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali.

OK. Setelah berbulan2 menghilang, kini N xde kerja & mula nak menulis.
Ini mengenai Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. 4hari, 3malam.
Sesiapa yang merancang mahu holiday disitu, boleh lah tengok2 dulu post ni.

Ini adalah 1st time N jalan2 di oversea. huhu...
Habiskan round satu Malaysia dulu lah, barulah orang Malaysia. haha...
Malaysia tercinta, semua negeri N dah jejak kecuali Sarawak. Coming soon...

Seperti biasa, lets pictures tell you the story. haha...


Kitorang beli tiket AirAsia ni setahun b4 fly sebab Free seat tapi tetap kena bayar tax. Total RM75 (return).

Ni gambar 1st N snap setibanya di Padang, Indonesia.

Dalam perjalanan, nampak benda ni. xtau ape ni. Nampak pelik snap je.

Lembah Anai. Tepi jalan. Kalau nak masuk kena bayar tapi better snap gambar dari luar je. Jimat!

Danau Singkarak. Ni adalah sebuah tasik tapi nampak macam laut sebab besar. Kitorang lalu dari tepi je sebab nak masuk seperti biasa kena bayar.

Rumah Minangkabau.

View dari dalam rumah Minangkabau.
Dah penat berjalan, kami sampai di Mangkuto hotel di Payakumbuh dalam pukul 4.00 petang. Kami stay di sini satu malam b4 pergi ke Bukit Tinggi esok.

2nd day, dalam perjalanan ke Bukit Tinggi lalu jalan ni. Jalan bertingkat2, xingat nama. Nak menunjukkan kehebatan jurutera dorang. Memang kagum.
Lepas tu singgah makan, jalan sana sini. Dalam pukul 3 lebih petang sampai di Hotel di Bukit Tinggi.
View dari bilik dalam pukul 6 petang, boleh nampak 2 bukit.

Malam tu pergi makan berdekatan area Jam gadang. Jalan kaki je dari hotel.
Lepas makan balik hotel dengan kereta kuda. Kat sini memang famous dengan kereta kuda tapi hati2 dengan harga dia. Kitorang kena 80,000 rupiah (=RM26). Dorang memang suka letak harga ikut suka. Kalau orang luar lagi kaw2 dia charge. Baca review ada yang dapat 40,000 rupiah je. Nak shopping pun susah, barang xde tanda harga. So, dorang boleh letak berapa2 yang dorang suka. Harga makanan pun same atau lagi mahal dari Malaysia. Jus dia je yang kira OK.


Ade autumn.

3rd day lepas breakfast pergi jalan kaki ke Lubang Jepang(terowong Jepun). Ni view b4 masuk ke lubang tu.


"Masuk arah sana", kata askar jepun.



Dari dalam terowong kena turun tangga yang curam.

Lepastu jalan mendatar dan ada banyak cabang2. B4 masuk ada orang akan terang2 kan mengenai terowong ni. Then dorang akan offer untuk jadi penunjuk arah dalam ni sambil cerita mengenai sejarah lubang ni. tapi kitorang xambil sebab macam biasa, ada upahnya.
Lepas habis menerokai terowong ni, kami keluar dan menaiki angkut2(sejenis van) untuk ke pasar for shopping. Angkut2 ni murah dari  teksi, 4,000 rupiah (=RM1.20) seorang. Kat pasar xbeli ape2, cuma singgah solat dan makan je. Pastu balik ke jam gadang, singgah Pasar Atas. Nak beli pun dah xde mood sebab dah banyak kali kena tipu. Then malam tu macam biasa jalan makan minum tidur. xsabar nak balik malaysia tercinta. haha...

Ni antara jus2 terkenal di situ. 
Last day, lepas breakfast siap2 ke airport sewa kereta + pemandu = 450,000 rupiah. Gile mahal. Nak komen pun xlalu, memang kat sini pantang nampak orang luar harga pun double triple...

Bye2 padang...














Conclusion, in my opinion, if korang nak tengok lebih kepada kehijauan bukit bukau but nak yang budget2 punya, --> Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah is the best.
Kat situ memang akan rasa sejuk (pagi, malam dan masa hujan), dan lebih berbaloi.
View pun cantik, makanan xde kena melampau2, beli barang pun ada tag harga.
Senang cakap, cuti-cuti Malaysia. haha...

p/s: kalau nak sesuatu tempat tu berjaya, kena jujur.
contohnya Jepun. walaupun currency dorang lebih tinggi, tapi setiap barang dorang letak tanda harga.
and paling penting dorang jujur dan berdisplin dan pembersih.
Ni melalui pengalaman seseorang yang pernah ke sana dan bercerita kat N.
maybe lepasni nak ke Jepun tapi kena simpan duit lah. huhu...


Ok. Itu je. Sayonara...

Friday, November 21, 2014

Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah.

Assalamualaikum and hello!!

Today I want to write about our family's vacation at Sabah.
First day, we sampai after zohor and bermalam di kota kinabalu.
(warning: bahasa rojak digunakan disini)
If kat KK kene try makan ikan bakar dia.
sedap and fresh ~ ~
Esoknya, we siap2 nak ke kundasang.
Memang plan datang sini nak ke kundasang sebab dekat dengan tempat2 interesting.
Then, we pun pergi.........................................

Then,  I feel lazy to write.
haha... sorry.
So, lets the pictures tell you our story there....


second day otw g kundasang, singgah taman buaya kejap.  


jambatan gantung (otw ke kundasang)
Actually second day we went to others place also but I don't have the pictures there.
We duduk kat homestay sebab nak save cost.
Lagipun datang sini more untuk jalan2, bukan tidor memanjang ye...
Next, move on to third day.
After breakfast, we jalan2 tengok pemandangan sekitar kundasang...


ni rumah hotel perkasa (rasanya, not sure). environment kat sini memang best and calm.



jambatan yang menghubungkan rumah hotel tu dengan lobi hotel. actually hotel ni ada 2 type. Satu yang rumah2 tu and satu lagi hotel bilik2 dalam satu bangunan.


tu, atas tu adalah gunung kinabalu.


then, we went to kinabalu war memorial.


dalam tu ada banyak taman luas macam ni...


and macam ni. atas ni boleh Nampak pemandangan gunung kinabalu. memang awesome!




next, singgah minum teh Tarik Sabah, dengan udaranya yang sejuk nyaman ~ ~ memang sedap bah!


sedap... rugi tak minum. tapi harganya pun sedap2. we adik-beradik pun berkongsi2 because sharing is caring. hohoho.
Next, malam x ada aktiviti sangat sebab gelap and selalu hujan.
So, malam2 kerjanya tidor. Zzzzz...

Lastday, (before that, our vacation was 4days 3nights only yup)
we went to the most must place to visit in Sabah -----  Gunung kinabalu!!!

we went after subuh. memang sejuk ketar2. tapi yang tak best ye masuk tanpa daki sampai atas pun kene bayar. come on lah, we are Malaysian in our own country, why every single thing need money3. haha takpuas hati. sepatutnya untuk Malaysian free lah kan.



ni waterfall Carson. kalo x ada signboard tu memag lupa lah nama waterfall ni.


mendaki setakat yang mampu


see, betapa curamnya tangga2 tu... but, I managed to daki. hohoho (bangga sendiri) 


naik sampai 1km only2. if x balik hari ni, maybe nak naik lagi. haha.... konon, 0.5km pun dah tercungap2.


lepastu, we went back to KK. our flight around 6pm , so we went to pulau manukan first.


introduced you, my brothers. hohoho....


seberang sana tu pulau lain pulak. nama pulau tu x ingat. sorry, short memory sikit. lain kali pergi negeri orang kene tulis nama tempat. kalau x rugi and sia-sia...


lepas dah merayau2 kejap, we pun balik semula... 


inilah rupa jetinya...


Finally, bye2... we went back to KL with the sweet memories. (ayat jiwang sikit)


Inilah our story in Sabah bah.


THE END... 

Friday, July 5, 2013

05/07/2013@6.52pm

Hello everybody. Huhu...
Setelah sekian lama tak post ape2,
now I'm back.

I just want to say:

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Bawah ni ada video yang agak best.
Jom tengok.



 

 OK. Tu je...

Tuesday, October 18, 2011

Bloody Monday


last week, tengok cerita jepun.

bukan peminat cerita jepun korea ni,
tapi layan jugak lah kalau cerita tu best n tak jiwang.
hehe...

antara cerita jepun n korea,
prefer cerita jepun sebab lebih lawak n tak jiwang.

Bloody monday adalah antara cerita jepun yang best lagi mencabar minda.
haha...
cerita ni cerita pasal seorang hacker yang expert nak gagalkan usaha pengganas untuk menghapuskan tokyo.
jalan cerita dia bagus,
bukan macam kebanyakan cerita yang kita boleh agak apa akan berlaku lepas tu.
lebih ringkas cerita ni is unpredictable.

ni rupa pelakon utama Bloody Monday.
dari kiri, Maya, orang jahat lagi misteri. lahir tahun 1975.
next, Takagi atau Falcon, hacker yang genius. sama umur dengan .haha...
next, Kujo, kawan baik Takagi dan adik seibu J. tua setahun. muka dia agak familiar sebab dia pernah berlakon dalam cerita kamen rider. ni tau pun sebab adik suka tengok cerita kamen rider.
kanan sekali dikenali sebagai 'J', ketua pengganas yang pakar dalam math. lahir tahun 1982.

Bloody monday ni ada session 1 and 2.
baru tengok session 1.
session 2 akan diusahakan untuk membelinya.
sebab kalau nak download dari internet sangat2 lah slow...

ok. tu je. sayonara...