Friday, April 10, 2009

TRUE STORY (2)

SECOND STORY: solat jumaat...

Pada hari jumaat yang lepas, pergi ke bank dengan mak . pun duduk dalam kereta sementara mak masuk dalam bank tu.

Masa tengah bosan-bosan dalam kereta tu, mengushalah ada seorang mak cik and 2 orang pak cik tu tengah minum sambil berbincang (rasanya) kat luar satu restoran mamak. Restoran tu tutup sekejap rasanya sebab masa tu solat jumaat.

Beberapa minit kemudian, lihat restoran tu buka semula sebab mamak tu dah habis solat jumaat. So, apa yang pelik kat sini ialah pak cik tu tak solat jumaat ke? Takkan dari pukul 12.30 sampai pukul 2.00 duduk berbincang kat kedai tu. Mamak tu pun boleh tutup kejap kedai dia time solat, pak cik tu pulak???

Tak dinafikan yang kebanyakan orang tak kisah pasal solat jumaat. Kalau korang pergi KLCC, korang dapat tengok ramai yang tak pergi solat jumaat. Betul tak? Kebanyakan diorang akan jawab macam ni bila ditanya kenapa tak solat jumaat...

FIRST PERSON: ada kerja, nanti bos marah (gaya macam nak elak dari diinterview)
SECOND PERSON: saja-saja (mak we dia jawabkan)
THIRD PERSON: bukannya tinggalkan 3 kali berturut-turut pun (tau pulak)
dan ada juga orang yang jawab...
FOURTH PERSON: saya dari Johor.
kami pun cakaplah, "o, musafir la ni. Kalau biasa-biasa memang pak cik tak tinggal solat la ya". Then, pak cik tu cakap sebelum kami pergi...
FOURTH PERSON: kadang-kadang tu malas nak pergi solat jumaat kalau tak musafir pun.
Kantoi. Ingatkan pak cik ni ok lagi sebab musafir punya pasal. Tapi bila dia jawab macam tu, sangkaan baik kami tadi bertukar. Hahahaha...

Jawapan diorang lebih kurang macam tu la. Percakapan dengan penulisan kan bukannya 100% sama...

Thursday, April 9, 2009

Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan



Dah try soalan atas ni? Are you addicted to coffee or not?

Bawah ni antara fungsi kopi. Read if you want to read.

Antara fungsi kopi:

Di sebelah pagi, kopi menolong buah pinggang di dalam sistem perkumuhan, iaitu membuang segala bahan yang terkumpul sejak malam. Selepas makan tengahari, kopi menolong proses penghadaman pula.

Di sebelah petang, kopi menolong otot-otot supaya lebih berupaya dan kita akan berasa kurang penat.

Di sebelah malam pula, kopi memainkan peranannya yang tersendiri. Ia akan merangsangkan otak.

Bagi penggemar kopi, kopi boleh diminum asalkan tidak meminumnya secara berlebihan. Ini kerana, menurut eksperimen yang dijalankan ke atas tikus di makmal, kopi boleh membunuh haiwan itu jika diberikan dengan terlalu banyak atau berlebihan !!! Bukan sahaja kopi, tetapi apa juga benda yang diambil secara berlebihan, kesan dan akibatnya adalah tidak baik...

(Sumber: Mustafa Ali Mohd, Panduan Kesihatan: Apa Yang Anda Perlu Tahu)

pun suka minum coffee. Salah satu kebaikannya juga adalah, lepas minum coffee, mesti nak pergi tandas sebab usus juga akan menjadi lebih aktif selepas seseorang itu minum kopi. So, tidak adalah masalah sembelit...

Wednesday, April 8, 2009

WHAT WE CAN DO IN HOLIDAY? (1)

FIRST THING WE CAN DO: reka cipta...
Masa cuti panjang yang lepas, dan adik main reka cipta. Yalah, tak ada kerja, bosan sangat masa tu. Yang uniknya, kitorang reka cipta guna LEGO. Adakah LEGO hanya untuk kanak-kanak???

Bawah ni ada sedikit gambar ciptaan kami.


kapal laut





&


smiley

Itulah reka cipta kami yang entah pape. Sebelum tu, adakah LEGO untuk kanak-kanak???
whateva...

Tuesday, April 7, 2009

TRUE STORY (1)

FIRST STORY: pakai tudung...

Islamik Testimonial

One day, read one girl's blog. Biasalah ada gambar dia jalan sini sana. Dia ni bertudung and ok lah gambar diapun tak lah mengancam.

Bacalah cerita dia tapi tak baca dari A-Z sebab tak best sangat pun (konon blog ni bagus sangat la ). Lepas tu adalah satu cerita yang berminat sangat nak baca.

Ceritanya pasal dia pergi holiday. Duduk kat satu tempat yang best. nak pergi juga...
Macam biasa, dia letak gambar dia kat situ juga. Tapi yang kesiannya, dia letak satu gambar dia tak pakai tudung kat satu tempat tu.

tergerak untuk baca ruangan comment budak tu. Wau, ada orang tegur! bagus-bagus. Tapi jawapan budak tu boleh tahan... Daif.

Macam ni lah lebih kurang ayat mereka...
si penegur: salam, kenapa kat ____ tak pakai tudung
si ditegur: kat ____ tu tak ada orang yang bukan muhrim
si penegur: memanglah, tapi letak gambar bagi orang bukan muhrim tengok tu berdosa tau
si ditegur: tapi soalan anda yang first tu tanya kenapa kat _____ tak pakai tudung kan? bukannya kenapa letak gambar tak pakai tudung.
si penegur: memang la soalan berbeza, tapi sepatutnya kita tahu batas aurat ... (tak ingat la apa dia tulis)...

Hebat jawab nampak. Budak ni jenis yang tak boleh ditegur (bajet bleh tahu character orang lain ). Yalah, lepas si penegur tu reply balik, dia jawab yang si penegur tu saja datang blog dia buat kecoh.

Memang tak dinafikan yang ramai orang sekarang tak tahu aurat tu macam mana sebenarnya. Ada yang ingat, kat luar kena pakai tudung tapi bila ada orang bukan mahram datang rumah tak perlu pakai sebab dalam rumah je.
Tak boleh salahkan dorang pun 100%. Mungkin dorang tak tahu. Bak kata ayah , "mari kita sama-sama doakan dia dapat hidayah Allah & jangan bagi kita jadi macam dia.Amin... "

pss.. aurat kite bukan ikut kat luar atau dalam rumah
aurat kite dengan bukan mahram walaupun dalam rumah masih same macam kat luar
dan mane2 tempat pun same
so dear my friends, please always remember this...

Monday, April 6, 2009

LETTER FROM GIRL TO HER GIRLFRIENDS

Kadang-kadang kita cakap sesuatu tu tapi kita sebenarnya bukan maksudkannya. Macam surat seorang perempuan kepada girlfriend dia ni bukannya bermaksud perempuan tu les___, tapi sebab tu kawan dia. Ringkasnya, surat dibawah ni diberikan oleh seorang perempuan kepada kawan perempuannya jugalah. Tak faham? Tak payah fahamlah. Baca je surat ni baru faham kot...

Saya sukakan awak

Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..

Saya suka berkawan dengan awak

Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu

Saya memang sayangkan awak

Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu

Saya memang tidak suka marah awak

Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu

Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!!)
Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)

Saya memang orang yang tak pandai tegur

Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu

Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (ehem...)

Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu

Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita

TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU!
(arghhh..tamparan hebat buat saya!!)

Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu

Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja‘meow..meow..meh makan meh’…hu3

Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,

Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu
(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu…! Ooohhhh…tidak..)

Saya memang pendengar yang setia

Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu


Ok, tu je. Harap fahamlah...

Sunday, April 5, 2009

TENTUKAN ARAH KIBLAT

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, semakin tinggi teknologi, semakin mudah hidup kita sebagai org Islam.
Mari kita manfaatkan teknologi ini dengan tentukan qiblat kite walau dimana kita berada...

http://www.qiblalocator.com/

Friday, April 3, 2009

CARA BEZAKAN KEDAI MUSLIM @ NON (KEDAI MAMAK)

Teringin nak makan kat kedai mamak? Ok lah. ada info terbaru mengenai cara nak bezakan kedai mamak ke tak. InsyaAllah la orang yang betul-betul muslim tak buat benda-benda kotor untuk lariskan kedai mereka.

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Kenapa daging lembu? Oh, Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Jadi, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Penulis asal post ni tulis yang dia ada buat kajian secara rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur. Bagus-bagus! pun tinggal sekitar kawasan ni.

Ini kata beliau...

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.