Thursday, December 7, 2017

Cara travel overseas setiap tahun

Caranya senang je. Kena ketepikan duit gaji bulanan kita sikit kedalam tabung khas untuk travel. Lebih kurang macam kita ketepikan duit untuk bayar loan, pergi haji atau bayar sewa. Tambahkan dalam list korang satu lagi untuk travel. Paling kurang RM100 sebulan dah ok. Setahun dah dapat RM1200 untuk budget melancong. 1200 tu dah boleh pergi negara Asia macam Thailand, Vietnam dan Indonesia. India pun boleh pergi jugak sebab currency dorang lagi rendah dari kita. Tapi kena rajin study tempat dah travel without agent. Kalau travel ikut pakej agent memang RM2k keatas lah.

Kalau korang jenis yang malas nak buat itinerary, at least kena ada sorang dalam group korang yang rajin buat and study sebab kalau tak, ambil pakej jelah. Tapi duit pun kena sediakan banyak.

Lagi satu untuk travel yang lagi jimat, lebih baik pergi dalam group bertiga atau berempat sebab duit transport macam taxi n bilik hotel boleh bahagi2 kan. Selain tu kerja pun senang sebab boleh assign siapa yang kena buat tu atau ni.

Actually kalau nak travel guna pakej atau nak travel ke negara yang currency dia tinggi macam Jepun boleh, korg kena lebihkan sikit simpanan bulanan utk travel tu, contohnya RM250 sebulan. Setahun dapatlah RM3k.

Rajin2 tengok Free Seat AirAsia utk travel overseas yg menjimatkan.


Mungkin ada sesetengah orang persoalkan kenapa nak travel overseas jugak? dalam Malaysia kan ada. Aku pun sebelum pi Jepun hari tu tertanya2 soalan yang sama. Tapi lepas balik baru tahu perasaan jalan kat negara orang. Memang lepas balik akan ada perasaan nak jalan overseas lagi lepas ni. Kenapa? --> sebab dapat tengok scenary yang jauh berbeza dari Malaysia, tengok live budaya masyarakat sana dan dapat learn somethings new. Yes, berjalan bukan untuk show off atau berseronok saje2, tapi untuk tenangkan diri jauh dari kerja, lihat keindahan alam ciptaanNya dan belajar dari setiap journey tu, dimana setiap negara ada sesuatu yang baru and unik utk dipelajari.



Nak travel ni pun kena tengok pada kemampuan kita. Aku pun start travel overseas lepas aku kerja. Masa study time, study elok2. Tapi kalau sesiapa yang dapat rezeki berjalan overseas masa study time tu gunakanlah sebaik yang mungkin.

Sekian, terima kasih.

Monday, May 1, 2017

Bangalore, India. (Part2)

Tempat shopping
Untuk shopping, aku suggest korang pergi beli dalam supermarket yang dalam mall je. Jangan pergi market2 tepi jalan. Sebab aku dah pernah try pergi KR market yang popular dekat Majestic Bangalore. Itupun pergi sebab dengar orang tempatan ramai suka pergi sana. Last2 tak beli pape pun kat situ. Sangat kotor, tak lalu ktrg nak jalan. Lagi satu memang kain sari semua banyak dorang jual dengan harga yang murah, tapi kualitinya tak bagus. Beli yang dalam supermarket lagi ok. Kadang2 boleh dapat lagi murah kalau ada sale. Kitorang beli belah pun masa nak dekat Deepavali, so banyak sale. Jadi kalau nak shopping dalam mall je.

Mall yang selalu ktrg pergi Forum Mall dan Market Square. Forum Mall ada kedai buku landmark macam dalam gambar bawah ni. Masa tu buku baru cerita Harry Potter baru keluar. Kalau kat Malaysia harga buku ni memang mahal. Kat India dapat 899rupee je convert x sampai RM60. Selain tu macam2 lagi buku ada, Forum mall ni kiranya antara mall yang moden jugaklah kat Bangalore ni. Kalo Market Square kecik sikit mall dia. Tapi supermarket dia best, jual macam2. Masjid pun senang je seberang jalan. Tapi tempat solat perempuan memang kecik.



with The Hulk

with Lego Sir



Lepas habis shopping lunch KFC.

Musolla masjid yang dekat dengan Forum Mall. Tapi agak tersorok sikit. So kena tanya orang.

Lembu tengah2 jalan


Selalunya kalau kitorang jalan shopping ni ktrg keluar pagi sebab petang takut jem, sampai hostel lambat, esokye takut penat. Cuti pulak Ahad je. Lunch selalunya KFC. Kadang2 lunch kat hostel dulu, lepastu minum petang kat The Coffee Day. Menu boleh tengok bawah ni.



Coffee time

Makan petang- Donut

Tempat solat perempuan dalam bilik kecik je

Jamia masjid terletak seberang jalan Square Market je. So senang tak payah fikir nak solat kat mana.

Waktu ni nak Raya Haji. Tu binatang korban nanti


Ajak bergambar semua nak masuk
Kitorang ni jenis yang shopping kejap. Beli apa yang nak, then habis. Aktiviti ktrg lebih kepada makan je kalau outing ni. haha...

Aktiviti makan je. Krispe Kreme kat Forum Mall sini halal. Ada family muslim isteri siap berpurdah pun makan sini.

Kitorang jalan2 ke mall ni menggunakan public transport iaitu bas. Bas ni pulak ada yang jenis ber aircond atau tak. Kalau yang ada aircond tambang mahal sikit tapi selesa and dapat duduk. No aircond selalunya penuh. Ktrg selalu naik bas company BMTC no.357 yang ada aircond sebab selesa. Dalam bas tu macam rapidKL punya bas.
Dalam bas macam bas Rapid jugak
Dalam bas
Orang2 menjual tengah2 jalan

Tempat bersejarah
Kat Bangalore ni ada jugaklah bangunan yang bersejarah macam Bangalore Fort n Tipu Sultan Palace. Dua2 binaan ni kecik je. Palace nye tak sebesar Mysore Palace. Ktrg naik bas jugak ke sini, tapi bas tak drop betul2 kat tempat ni, kena jalan jauh sikit. 

Mula2 masuk Bangalore Fort. Agak confuse boleh masuk ke x sebab xade orang kat dalam tu. Nak kata salah tempat depan entrance ada tulis Bangalore Fort. Tanye uncle yang duduk2 situ. Dorang kata boleh masuk. Free je. Dalam tu adalah nampak sorang guard yang jaga kawasan tu. Pelawat ktrg berdua je.
Entrance Bangalore Fort. Tanye uncle tu.

Binaan dari luar


Binaan dari dalam


Kosong xde orang.
Lepas tu ktrg jalan lagi sampai jumpa Tipu Sultan Palace. Ingatkan besar, tengok2 kecik je palace ye. Masuk kena bayar. Macam biasa harga foreigner lagi tinggi dari local. Tapi aku buat2 macam org local, bayar tepat2 harga untuk 2org local. Settle, masuk!
Tipu Sultan Palace



Bagi pendapat aku, tak berbaloi masuk palace ni sebab kecik.


Actually bangalore ni ada lagi satu Palace yang lagi besar yang aku rasa lagi berbaloi. Tapi jauh dari tempat yang ktrg pergi ni n takde direct bas dari hospital. So satu palace dah jejak pun kira ok lah.
Auto
Market
Org kat sini ramai yang suka pergi Majestic. Ktrg ni pun nak tahulah Majestic tu macam mana, kenapa ramai org suka pergi shopping sana. Satu hari tu ktrg pergi sana naik bas. Perjalanan jauh jugak ambil masa dalam sejam dgn traffik ye. Akhirnya sampai lah jugak area Majestic.

Bas akan berhenti kat perhentian bas utama. Lepastu kena jalan kaki menuju ke market ni. Baca blog dorg kata ada jual macam2 benda murah.
Keadaan market
Bagi pendapat aku better shopping kat Mall je. Sbb macam yang aku tulis kat atas sekali, tempat ni memang tak sama macam yang blog2 tulis. Totally different. Apa2 pun akhirnya ktrg sampai lah jugak Majestic ni walaupun x beli apa2.

So overall ktrg ade lah jugak explore tempat2 kat sini sepanjang ktrg berada di Bangalore ni. Dah ade opportunity, kena gunakan sebaik yang mungkin.

Itu sahaja ceritanya tentang Bangalore. Bye!

Sunday, April 30, 2017

Delhi-Agra-Manali-Simla, India.

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita perjalanan ktrg ke Delhi, India pada November tahun lepas. Plan ke Delhi ni pun sebab aku fikir rugi alang2 dah kat India kalau x pi tengok one of the wonders of the world --> Taj Mahal. So aku plan dengan kawan aku yang training sama2 kat Bangalore ni nak pi sana before balik. Mula2 family dia x bagi sebab berdua je. Lepastu aku ajak kakak dgn adik aku join sekali jumpa kat Delhi terus. Finally, dapatlah ktrg 4 orang jejakkan kaki ke Taj Mahal. Kakak & adik aku naik AirAsia dari KUL terus ke Delhi. Aku & friend pulak naik JetAirway dari Bangalore ke Delhi. Harga semua nanti aku senaraikan kat bawah sekali. 

Apa yang x bestnya masa minggu ktrg nak ke Delhi tu lah kerajaan India baru bekukan penggunaan duit 500 & 1000 rupee. Dahlah my siblings dah tukar awal2 memang duit besar lah dapat. Aku pulak tak prepare banyak duit kecik. Minggu tu ATM, bank semua penuh orang. Kalau ATM x ade orang maknanya duit habis lah tu. Memang banyak plan ktrg hancur sebab bab duit ni. 

Ok. Ape2 pun aku akan cerita journey Delhi-Agra-Manali-Shimla-KUL ktrg ni...

1st day

Ktrg berjumpa kat Delhi Airport. Terus pergi kaunter taxi untuk book taxi ke Hotel Krishna Deluxe, Paharganj Road. Beli kat kaunter ni sebab harga dah fix, x delah kena tipu. Ktrg pilih hotel di Paharganj Road ni sebab location situ berdekatan dengan New Delhi Railway station. Disebabkan sampai pun dah malam, so malam tu tidur.

Rupa dalam JetAirway

Luas macam Malindo.

View Delhi

Food included

Makanan Halal ye.

Dalam airport Delhi

Kalau nak tinggal beg nilah rate nya.
2nd day


Awal pagi bangun semata-mata nak pergi cari ATM keluar duit sebab duit kecik x cukup. Nak bayar Hotel, dorang x terima duit besar. Memang teruk, sepatutnya dengan foreigner dorang bagilah. ATM ada tapi duit x ade. Bank pulak tutup lagi. Balik hotel cakap dengan orang tu ktrg bayar petang ni lepas balik dari Agra, beg ktrg memang nak simpan situ pun. So orang tu kata ok. Pagi ni ktrg kena naik train ke Agra untuk tengok Taj Mahal. Tiket train ni pun Alhamdulillah dah beli online awal. Ktrg naik auto ke N Hizamudin railway station. Train ok sebab beli yang jenis seat + food. So breakfast semua dalam train je. 


Dalam train ke Agra.

Banyak jugak food dorang bagi. Memang keyang.
Dalam pukul 11 lebih sampai Agra. Turun je dari train tiba2 ada org tegur cakap macam2. Keluar dari station ktrg pergi kaunter taxi nak book taxi ke Taj Mahal. Org tu pun ikut sekali. Rupanya dia org yang bawa taxi. So ktrg dapat dgn dia, sebab dia memang dah aim ktrg dari awal. Ktrg berempat, so sorang kena duduk depan. Tiba2 ada lagi sorang kawan org taxi tu nak duduk depan, katanya dia akan jadi tour guide ktrg dalam Taj Mahal tu nanti, sebab dalam tu memang akan ramai orang yang nak jadi tour guide kita. Aku tanya ada extra charge ke. Dia cakap ya. So aku kata NO, tak payah tour guide, sebab ktrg ada budget dah. So oklah orang tu x jadi ikut. Lagipun kalau dia ikut bersempitlah ktrg berempat kat belakang. Kat Agra ni memang kena hati2 sikit. Nanti muncul entah sesiapa pastu kena bayar lebih. Dalam taxi tu org tu cerita macam2. Dia muslim katanya. Pastu dia kata dalam Taj Mahal tu nanti kalau ada orang nak offer ape2 cakap "NAHI" jelah.

Org taxi drop kan ktrg kat pintu masuk Taj Mahal. Ambik nombor handphone dia semua sebab balik pun dah book dengan dia. Untuk pengetahuan korang, beg tak boleh bawak masuk dalam Taj Mahal. Kena simpan dalam bag storage yang disediakan. Kalau free xpe. Ni kena jugak bayar. Beli tiket pun satu hal, memang ramai jugaklah keliling kat foreign counter nak offer jadi tour guide. Katanya kalau ada tour guide boleh lalu express line, tak payah beratur panjang2. Ktrg  xlayan jelah. Kat sini memang kena jadi sombong, kalau x senang kena tipu. Tiket foreigner 1000rupee (accept lagi duit besar), dorang bagi sekali dengan air mineral n sarung kaki. Harga tiket macam biasa 4x ganda mahal dari local. Dah masuk dalam perkarangan Taj Mahal ktrg mulakan aktiviti mengsnap gambar.
Masuk2 x nampak Taj Mahal lagi. Nampak bangunan coklat ni dulu.


Taj Mahal
Masa nak masuk dalam bangunan kubah Taj Mahal ni baru kita kena pakai sarung kaki. Line memang panjang, tapi ada satu lagi line tulis untuk FOREIGNER. Yelah dah bayar mahal2 kena lah dapat special sikit. Line ni memang laju. Jadi apa yang tour guide cakap kat entrance tadi memang salah satu tektik menipu sebab memang dalam Taj Mahal ni kita foreigner ada express line sendiri. So beware. Tapi untuk sesiapa yang suka history aku sarankan untuk ambil tour guide sebab dorang boleh cerita terperinci pasal Taj Mahal ni. Ktrg tak ambik sebab xberapa minat history (tahu secara umum pun kira ok) dan mahu berjimat. haha...
Dalam bangunan kubah Taj Mahal.





Dah habis merayau2 dalam Taj Mahal, ktrg pun keluar. Dalam perjalanan nak ke tempat taxi drop ktrg tadi, ramai org jual barang sambil mengekori sesiapa je yang berjalan. Cakap je xnak. Tapi kadang2 ada yang rajin tu org dah kata NO ikut jugak. Sampai kat tempat org taxi tunggu, masih lagi ada budak2 yang ikut.

Dalam taxi, org taxi tu tanya nak pergi Agra Fort tak dia bawak, sebab train balik ke Delhi ktrg pukul 5 petang, ada lagi banyak masa. Ktrg cakap nak cari bank tukar duit. Dia kata ok boleh bawakkan. Ktrg tanya siap2 berapa dia nak charge? Dia kata: "up to you, as long you happy, i'm happy" (ayat ni paling ktrg ingat sampai sekarang). Ok lah pastu dia bawa pergi bank semua penuh. Last2 pergi money changer boleh tukar duit tapi ada extra charge. 1000 rupee dapat tukar duit kecik 750 rupee. 250 rupee dorang ambil. Gile teruk! So ktrg x jadi tukar. Melampau kot. Akhirnya minta tolong org taxi tu tanya kawan dia tahu tak tempat tukar duit x payah extra charge. Alhamdulillah ada, dekat dengan Taj Mahal tadi jugak tapi belah entrance yang lain. Kalau tahu tadi tak payah pergi jauh2. Kat situ memang ramai mat saleh beratur. Jadi akhirnya dapat jugak tukar duit walaupun bukan semua sebab dorang ada terhadkan amount. Lepaslah nak bayar duit hotel. 

Dah lega sikit duit kecik ada, ktrg naik balik taxi. Org taxi tu tanya nak pergi Agra Fort tak lagi? sebab ada masa lagi ni. Ktrg kata tak. Lagipun dah penat beratur tukar duit semua. Jadi baliklah ke Railway station. Sampai kat sana, ktrg dah pakat nak bayar org taxi tu berapa, megikut perkiraan yang wajar ye. So aku hulur duit kat orang tu. Org tu taknak ambil. Ingatkan nak bagi free ke apa. Rupanya dia cakap tak cukup. Maka terjadilah perbalahan kat situ antara ktrg dgn org tu. Lama jugak gaduh, tiba2 ada sorang local datang. Nampak bereducated, dia tanya lah apa masalahnya. Kakak aku pun ceritalah... (panjang sangat nak cerita) 

Tapi the key points yg ktrg ckp -->
1-ktrg dah tanya awal2 berapa kena charge? dia cakap up to you. Kalau dia cakap harga masa tu tak kisahlah.
2-we are not rich. ktrg pun ada budget sendiri.
3-aku n kawan aku duduk India, so tahu berapa harga ini dan itu

And ktrg bgtau berapa ktrg kena bayar kat kaunter taxi tu, n berapa ktrg perlu bayar kat dia. Dah lebih budget kot sebenarnya aku kira2. And lagi satu harga yang tertulis kat kaunter taxi untuk ke Taj Mahal return lagi murah dari apa yang ktrg kena bayar sebenarnya. Maknanya org tu tipu jugaklah. Dalam resit dia tulis 400rupee, lagi 200rupee ktrg kena bayar kat org taxi tu. See, harga sebenar 400rupee je. Extra 200 tu kiranya untuk yang dia bawak ktrg pergi cari bank tukar duit. Tu pun ktrg bagi lagi extra sikit. Dia pergi cakap xcukup. Then orang local tu cakap pulak dengan org taxi tu bahasa dorang. Aku rasa memang org local tu pun tahu dah ok harga yang ktrg bayar ni. Akhirnya org local tu cakap kat ktrg bagi lagi 100 kat org taxi tu, baru selesai. Ikutkan org taxi tu nak 1000 kot. Gile betul. Tapi kat sini nampaklah ada jugak org local nak tolong ktrg ni. Kalau xde dia xtaulah berapa lama lagi ktrg bertekak kat situ. Org taxi dah pergi, ktrg berterima kasih kat org local tu.

Settle pasal tu, ktrg jalan cepat2 masuk dalam railway station. Yelah takut kot2 org taxi tu panggil geng dia ke ape. Dah lah ktrg ni semua perempuan. haha... Akhirnya train sampai. Makan semua food yang train sediakan.
Nama train yg ktrg naik.

Ada plug dalam train.
Dalam train aku search ticket pergi Manali untuk malam ni. Pergi Manali ni aku dgn my siblings je. Kawan aku balik esok sebab visa dia dah nak expired. So x boleh join ktrg. Dah dapat call bas book untuk ke Manali, baru lega. Sampai New Delhi, ktrg terkejar2 pulak nak balik hotel dulu bayar, ambil beg, pi toilet. Bye2 kawan aku then ktrg naik auto suruh org tu drop kat tempat bas tu tunggu. 
Bas ke Manali dari company Royal Travel Delhi.

Makan petang pulak.
Mungkin xfaham org tu pergi drop kan ktrg kat railway station apa ntah. Tapi memang tempat yang bas tunggu tu dekat dgn railway station. Confuse kejap, tanya balik org tu betul ke tempat ni, dia angguk2. Org tu dah pergi baru aku realize yang ktrg kat railway station yang salah. Alhamdulillah aku ada study sikit pasal kalau naik train nak ke perhentian bas tu. So ktrg naik train 2 stop, sampai. Berkejar2 ke bahagian luar station. Alhamdulillah bas ada lagi, and dorang memang tunggu ktrg. haha... Lambat 5minit. Dalam bas ada 4 orang je masa tu sebab bas ni banyak stop nak ambil penumpang lain lagi. Ktrg ambil bas semi sleeper tapi aku rasa sama je macam bas biasa, kerusi sandarkan, ada tempat kaki. Agak sempit kalau dah masing2 sandarkan kerusi. Dalam satu jam jugaklah bas tu pergi stop2 ambil penumpang sampai seat penuh, baru journey ke Manali start. Dalam bas keje ktrg tido kepenatan.


3rd day
Pagi dalam pukul 5 aku bangun, tengok view luar memang cantik. Sunrise dengan gunung ganangnya. Tapi tengok kejap je, pastu sambung tido. Nak snap gambar ktrg semua x larat sebab rasa pening nak muntah kalau gerak sikit. Dalam pukul 8pagi bas stop untuk sesiapa nak ke washroom, breakfast. Lepastu sambung balik perjalanan ke Manali. Untuk pengetahuan korang Delhi ke Manali ambil masa 13jam. Kawasan Manali ni memang bergunung ganang, so jalan berpusing2, tapi view cantik dan cuaca sejuk. Bawah ni antara view yg aku sempat snap dari dalam bas.
Air sungai colour hijau bersih.



Ktrg plan nak ke Manali ni pun sebab rasa x berbaloi kalau ke India semata-mata nak tengok Taj Mahal je. Dahlah visa mahal. Nak ke Kashmir jauh pulak so ambil Manali je. Lagipun Manali ni ada satu kawasan yang kita boleh main salji. haha... tulah antara tujuan lain ke Manali ni. Tapi plan nak main salji kat Rohtang Pass cancel sebab duit ktrg xcukup. Aku nak keluar duit dari ATM kat Delhi tapi semua ATM duit khong.

Sampai kat Manali lambat dari yang sepatutnya. Tapi Alhamdulillah selamat sampai jugak. Ktrg naik auto ke hotel Vintage yang terletak bersebelahan river. Pergi pertengahan November, so suhu memang sejuk. Sampai kat hotel dapat view yang awesome, mengadap gunung yang bersalji.
View dari bilik hotel.

Belakang2 tu gunung bersalji.

Lunch food yang ktrg bawak dari Malaysia, lepastu tido sebab penat dah seharian dalam bas. Aktiviti menukar dan mengeluarkan duit akan dibuat esok, menggantikan aktiviti sebenar main salji kat Rohtang Pass.

4th day
Hotel Vintage ni ktrg dah bayar online siap2 kat Malaysia, so xpayah fikir dah pasal bill hotel. Breakfast pun included so pagi ni food no problem. Bawah ni antara menu foods kat  hotel tu.







Lepas breakfast ktrg pergi ke Mall Road (lebih kurang macam town dorang) walking distance je. Jauh sikit tapi sebab sejuk tak rasa jauh.

View kat luar hotel.

Tunggu bank buka, ada bank yang dah buka tapi duit tak sampai lagi, so kena tunggu. Apa2 pun finally dapat jugak ktrg tukar semua duit dan akupun dapat keluarkan duit dari ATM. Dah tengahari perut pun lapo, ktrg pi makan kat kedai Punjab Vegetarian. Perut keyang hati pun gembira. haha... mentang2 dah ada duit. Nak pergi Rohtang Pass memang tak sempat sebab dah petang. So ktrg jalan2 kat town sambil shopping sikit. 

Taman area bank.


Lepastu pergi cari travel agensi office survey harga kereta untuk ke Shimla esok. Ade yang paling mahal 6000 rupee. Akhinya dapat 3800 rupee. 
Resit untuk kereta
Kira ok sebab budget ktrg 4500 rupee. Esok pagi kereta + driver akan pickup kat hotel ktrg. So ktrg pun balik hotel before malam.
ke hotel...
5th day
Hari ni bangun kemas2 barang, breakfast, then tunggu kereta datang. Dalam pukul 8pagi bertolak ke Shimla. Jalan menuju ke Shimla agak biasa, tak secantik jalan pergi ke Manali ni. Plan nak ke Shimla pun sebab nak naik the heritage train kat sini --> toy train. Train ni terkenal sebab dia bergerak melalui lereng2 bukit. So boleh nampak view di lereng2 bukit tu. Plan asal nak datang Shimla dulu before Manali. Tapi sebab tiket train ni habis ktrg reverse plan. Dapat tiket petang dari Shimla ke Kalka, so view pun nampak sejam je, lepastu gelap malam. So sesiapa plan nak ke sini tempahlah tiket pagi dari Kalka ke Shimla ni. Baca review dorg kata view fantastic. Mat saleh lah banyak nampak. 

Perjalanan dari Manali ke Shimla ambil masa dalam 7jam. Naik kereta ni better sikit dari naik bas. 
OTW to Shimla

Budak2 nak pi sekolah.


Jalan menuju ke town Shimla ni berbukit. So lepas pakcik driver drop kan kitorang, ktrg kena mendaki ke atas sebab lapo nak cari makan. Baca review ramai yang cakap kalau naik lagi ada kawasan yang lawa, tapi ktrg xlarat, dgn kena bawak sekali bagpack yang berat ni. So makan je, then turun balik menuju ke Shimla train station. 
View Shimla





Lama dah shimla railway station ni bertapak.
Mula2 cari gerabak train sebab agak confuse nombor yang dia tulis. Tanya petugas situ dia tunjuk train ktrg yang satu gerabak tu. Agak pelik jugak sebab 1 gerabak je, train belakang kitorg banyak gerabak. Tapi memang betullah tu trainye.
Train lagi satu. Mula2 ingatkan ni train ktrg. Tu yg xsempat nak snap gambar train sebenar satu gerabak tu.


Jadi train bergerak on time, memang slow dia bawak sebab memang tujuan naik train ni untuk tengok view. Lagipun sebab menurun bukit, lagilah kena slow. 

Pakcik bawak train. slow and steady je.

Matahari dah nak terbenam.


Rombongan mat salleh nak ke Shimla.

Dalam 5jam macam tu sampailah ke station Kalka. Dari Kalka ktrg dah book jugak ticket ke Old Delhi pukul 11.55malam. Train memang dah ade, tunggu dorang bagi masuk je. Ktrg book train tidur 2tier, maknanya ada 2 tingkat katil, dalam satu compartment boleh muat 4 orang, dan ada langsir untuk cover. Ktrg bertiga dapatlah satu comparment, aku tido atas, sebelah lagi kosong. Gambar lupa nak snap. Perjalanan ambil masa dalam 6jam setengah.


6th day
Dalam pukul 6.30pagi train tiba kat Old Delhi station. Ktrg pun keluar, jalan menuju ke subway station nak naik train yang macam LRT ke Paharganj Road, cari hotel budget untuk rest sementara tunggu flight ke Malaysia malam ni. Kenapa pilih area Paharganj Road lagi? sebab dekat dekat railway station dan boleh shopping souvenir murah petang nanti area situ. Sampai area Paharganj Road, ktrg survey harga hotel. Finally dapatlah hotel tapi xdapat half price untuk setengah hari stay.
Resit hotel.

Malas nak fikir dah sebab penat berjalan, ktrg pun bayar then masuk bilik, breakfast oat, then tido lagi. Petang lepas zohor bangun pi beli souvenir n lunch. Balik hotel siap2 nak pi airport. Ktrg pi airport naik express train dari New Delhi railway station.
Timing untuk express train

Lebih kurang macam ERL kat Malaysia. Then check in, waiting and depart from Delhi Airport to KLIA2...

List perbelanjaan ktrg untuk 5hari6malam:
Hotel Krishna Dx= 3220rupee /4pax
Taxi airport to hotel= 500rupee /4pax
Train Gatiman Ex to Agra= 797rupee
Train Gatiman Ex to H. Nizamudin= 755rupee 
Taj Mahal entry ticket= 1000rupee
Transport Day 2= 1600rupee /4pax
Metro to Jhandewalan station= 10rupee
Bus Royal travel delhi to Manali= 1000rupee
Hotel Vintage, Manali for 2nights= 4000rupee /3pax
Auto= 100rupee /3pax
Shopping and food Day 4= 1153rupee /3pax
Car to Shimla= 3800rupee /3pax
Lunch Day 5= 595rupee /3pax
Train Shimla to Kalka= 349rupee
Train Kalka to Delhi= 822rupee
Transport Day 6= 150rupee /3pax
Lunch Day 6= 288rupee /3pax
Express train to airport= 60rupee
Souvenir= ikut budget masing2

Total cost= 8582rupee seorang (lebih kurang RM550) tak termasuk tiket flight.

Harga tiket flight JetAirway from Bangalore to New Delhi= RM367(seat+food+15kg baggage). Beli masa promo.

Harga tiket AirAsia from KLIA2 to New Delhi= RM600(return)

So lebih kurang RM1200/pax untuk trip ktrg kali ni. Untuk itinerary trip ke India ni bolehlah klik sini,

Sepanjang di India ni, ktrg dah merasa naik semua transport dorg (train, bas, taxi, kereta sewa, dan auto). Walaupun trip kali ni memenatkan dari trip2 yang lain, tapi this is the good experience for us and is a part of learning in our life.

Mission complete...