Monday, May 1, 2017

Bangalore, India. (Part2)

Tempat shopping
Untuk shopping, aku suggest korang pergi beli dalam supermarket yang dalam mall je. Jangan pergi market2 tepi jalan. Sebab aku dah pernah try pergi KR market yang popular dekat Majestic Bangalore. Itupun pergi sebab dengar orang tempatan ramai suka pergi sana. Last2 tak beli pape pun kat situ. Sangat kotor, tak lalu ktrg nak jalan. Lagi satu memang kain sari semua banyak dorang jual dengan harga yang murah, tapi kualitinya tak bagus. Beli yang dalam supermarket lagi ok. Kadang2 boleh dapat lagi murah kalau ada sale. Kitorang beli belah pun masa nak dekat Deepavali, so banyak sale. Jadi kalau nak shopping dalam mall je.

Mall yang selalu ktrg pergi Forum Mall dan Market Square. Forum Mall ada kedai buku landmark macam dalam gambar bawah ni. Masa tu buku baru cerita Harry Potter baru keluar. Kalau kat Malaysia harga buku ni memang mahal. Kat India dapat 899rupee je convert x sampai RM60. Selain tu macam2 lagi buku ada, Forum mall ni kiranya antara mall yang moden jugaklah kat Bangalore ni. Kalo Market Square kecik sikit mall dia. Tapi supermarket dia best, jual macam2. Masjid pun senang je seberang jalan. Tapi tempat solat perempuan memang kecik.



with The Hulk

with Lego Sir



Lepas habis shopping lunch KFC.

Musolla masjid yang dekat dengan Forum Mall. Tapi agak tersorok sikit. So kena tanya orang.

Lembu tengah2 jalan


Selalunya kalau kitorang jalan shopping ni ktrg keluar pagi sebab petang takut jem, sampai hostel lambat, esokye takut penat. Cuti pulak Ahad je. Lunch selalunya KFC. Kadang2 lunch kat hostel dulu, lepastu minum petang kat The Coffee Day. Menu boleh tengok bawah ni.



Coffee time

Makan petang- Donut

Tempat solat perempuan dalam bilik kecik je

Jamia masjid terletak seberang jalan Square Market je. So senang tak payah fikir nak solat kat mana.

Waktu ni nak Raya Haji. Tu binatang korban nanti


Ajak bergambar semua nak masuk
Kitorang ni jenis yang shopping kejap. Beli apa yang nak, then habis. Aktiviti ktrg lebih kepada makan je kalau outing ni. haha...

Aktiviti makan je. Krispe Kreme kat Forum Mall sini halal. Ada family muslim isteri siap berpurdah pun makan sini.

Kitorang jalan2 ke mall ni menggunakan public transport iaitu bas. Bas ni pulak ada yang jenis ber aircond atau tak. Kalau yang ada aircond tambang mahal sikit tapi selesa and dapat duduk. No aircond selalunya penuh. Ktrg selalu naik bas company BMTC no.357 yang ada aircond sebab selesa. Dalam bas tu macam rapidKL punya bas.
Dalam bas macam bas Rapid jugak
Dalam bas
Orang2 menjual tengah2 jalan

Tempat bersejarah
Kat Bangalore ni ada jugaklah bangunan yang bersejarah macam Bangalore Fort n Tipu Sultan Palace. Dua2 binaan ni kecik je. Palace nye tak sebesar Mysore Palace. Ktrg naik bas jugak ke sini, tapi bas tak drop betul2 kat tempat ni, kena jalan jauh sikit. 

Mula2 masuk Bangalore Fort. Agak confuse boleh masuk ke x sebab xade orang kat dalam tu. Nak kata salah tempat depan entrance ada tulis Bangalore Fort. Tanye uncle yang duduk2 situ. Dorang kata boleh masuk. Free je. Dalam tu adalah nampak sorang guard yang jaga kawasan tu. Pelawat ktrg berdua je.
Entrance Bangalore Fort. Tanye uncle tu.

Binaan dari luar


Binaan dari dalam


Kosong xde orang.
Lepas tu ktrg jalan lagi sampai jumpa Tipu Sultan Palace. Ingatkan besar, tengok2 kecik je palace ye. Masuk kena bayar. Macam biasa harga foreigner lagi tinggi dari local. Tapi aku buat2 macam org local, bayar tepat2 harga untuk 2org local. Settle, masuk!
Tipu Sultan Palace



Bagi pendapat aku, tak berbaloi masuk palace ni sebab kecik.


Actually bangalore ni ada lagi satu Palace yang lagi besar yang aku rasa lagi berbaloi. Tapi jauh dari tempat yang ktrg pergi ni n takde direct bas dari hospital. So satu palace dah jejak pun kira ok lah.
Auto
Market
Org kat sini ramai yang suka pergi Majestic. Ktrg ni pun nak tahulah Majestic tu macam mana, kenapa ramai org suka pergi shopping sana. Satu hari tu ktrg pergi sana naik bas. Perjalanan jauh jugak ambil masa dalam sejam dgn traffik ye. Akhirnya sampai lah jugak area Majestic.

Bas akan berhenti kat perhentian bas utama. Lepastu kena jalan kaki menuju ke market ni. Baca blog dorg kata ada jual macam2 benda murah.
Keadaan market
Bagi pendapat aku better shopping kat Mall je. Sbb macam yang aku tulis kat atas sekali, tempat ni memang tak sama macam yang blog2 tulis. Totally different. Apa2 pun akhirnya ktrg sampai lah jugak Majestic ni walaupun x beli apa2.

So overall ktrg ade lah jugak explore tempat2 kat sini sepanjang ktrg berada di Bangalore ni. Dah ade opportunity, kena gunakan sebaik yang mungkin.

Itu sahaja ceritanya tentang Bangalore. Bye!

No comments: