Sunday, August 28, 2011

Ghuraba (part4)


hari ni dah masuk 28 Ramadhan.
kemungkinan esok atau lusa raye.
ape yang tak suka pasal raye ialah syaitan keluar.
--> dislike

ok, semalan dah cerita pasal merokok.
hari ni nak cerita pasal tiang agama iaitu.....

.........................................................................................

4th: solat

Sekarang realitinya ramai yang tak ambil berat pasal solat.

Qada’ solat, tak solat subuh, tak solat jemaah(utk lelaki), semua tu dah jadi kebiasaan.

Untuk perempuan, ade yang qada solat sebab taknak amek wudu,

nanti mekap hilang, so dorang solat kat rumah nanti,

lagi satu solat jemaah untuk lelaki,

kat masjid tengok saf lelaki 2 je. Sedih…

padahal pada zaman nabi dulu,

nabi akan bakar rumah orang2 yang tak pergi solat jemaah ni.

Ni menunjukkan betapa besarnya kelebihan solat jemaah untuk lelaki.

dalam situasi di universiti pulak,

Kalau ada kawan tu nak pergi solat jemaah,

Mulalah kata alim la ko ni, ustaz, …

Sebab itu lah ramai taknak solat jemaah,

sebab nanti akan dilabel dan dipandang pelik oleh orang lain.

Cubalah bagi galakan atau yang paling mudah, DIAM.

..........................................................................................................

wokey, bawah ni ade hadis and ayat Quran pasal ghuraba ni.

copy paste je ni...

Rasulullah SAW bersabda:

“Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka beruntunglah orang-orang yang asing(ketika keasingan Islam yang kedua itu)”

Hadith riwayat Muslim.

Perkataan beruntung di dalam terjemahan hadith ini, menggunakan perkataan ‘Tuuba’.

Rasulullah SAW tidak menggunakan perkataan ‘Basyara’ yang juga membawa maksud kegembiraan, keuntungan.

Mengapa? ini kerana, ‘Tuuba’ adalah keuntungan yang tertinggi.

Apakah keuntungan yang tertinggi? Semestinya syurga Allah SWT.

Itulah ganjarannya bagi mereka yang menjadi asing dengan membawa Islam di tengah masyarakat meninggalkannya.

“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 12-13.

p/s: tamat sudah pasal tajuk ghuraba. salah dan silap harap dibetulkan. chow

No comments: