Sunday, March 26, 2017

Harga minyak RON95, RON97 dan DIESEL 2017

Setiap kali akhir bulan kita mesti ternanti-nanti harga minyak untuk bulan seterusnya. Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga minyak akan diumum secara mingguan bermula 29 Mac 2017 ni. Setiap hari Rabu selepas jam 8 malam kita akan tahu harga minyak untuk keesokan harinya.

Tujuan harga minyak ni diumum secara mingguan ialah supaya kalau harga minyak tu naik, takdelah masyarakat rasa naiknya terlalu mendadak, macam masa bulan Februari hari tu, terus naik 20sen.

Aku tak pasti sama ada pengumuman ni baik untuk aku atau tak. Yang advantage nya apa yang ditulis kat atas tu. Tapi yang disadvantage nya aku akan pening setiap kali malam Rabu fikir minyak naik ke turun. Kalau before ni pun aku dah pening setiap kali akhir bulan pasal harga minyak ni. Ni pulak setiap minggu.

Apa yang aku tahu, naik turun harga minyak kat Malaysia ni bergantung pada harga minyak mentah Brent dan nilai mata wang Malaysia berbanding US. So, contohnya kalau harga minyak Brent susut tapi nilai mata wang kita rendah, harga minyak kita pun sama or naik sikit. Kalau harga minyak Brent rendah, nilai mata wang kita kukuh, harga minyak pun turun. Ni apa yang aku faham lah.

Bawah ni aku listkan harga minyak bermula Januari 2017:
                  -JAN-          -FEB-         -MAR-
RON95:   RM2.10 --> RM2.30 --> RM2.30    
RON97:   RM2.40 --> RM2.60 --> RM2.60
DIESEL:  RM2.05 --> RM2.15 --> RM2.20

Bawah ni aku share graph harga minyak mentah Brent untuk 3 bulan tahun 2017 ni. Apa yang kita boleh nampak, harga minyak Brent turun mendadak untuk bulan March 2017.

Graph harga minyak terkini (Sumber:hargaminyak.net)
Nilai mata wang kita berbanding US pulak adalah mengukuh sikit.
Graph mata wang MYR to USD (sumber:www.xe.com)
Kesimpulannya, jika berdasarkan kepada kedua-dua graph diatas --> harga minyak kena turun.
Ni apa yang aku tengok2 lah. Tapi aku bukanlah pakar. Jadi kita tengok jelah hari Rabu ni macam mana.

Sekian. Post ni sekadar untuk share knowledge bersama.

No comments: