Saturday, March 11, 2017

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita pengalaman ke Universal Studio Singapore(USS).
Kalau sebelum ni ktrg pergi ke Universal Studio Japan(USJ) tak dapat naik outdoor roller coaster, kali ni dapat jugak lah merasa.

Ktrg ambik pakej yang ada tiket masuk ke USS dgn bas dari JB ke USS = RM215/pax

Pergi masa ph Thaipussam, hari khamis. Rabu malam bertolak dari KL pergi JB dan bermalam di Tune Hotel, Danga Bay sebab bas ke USS akan pick up kat situ.
Esoknya dalam pukul 7:30am tunggu bas kat lobby bawah. Sampai ke USS dalam pukul 10:45am.
Yang buat lama sebab kita dari Malaysia kena lalu dua imegresen iaitu Malaysia dan Singapore di dua buah tempat yg berlainan.
Malaysia punya part nak lepas senang je sbb kita ada automatik gate. Tapi yang part Singapore tu ambil masa dalam sejam jugak lah sebab manual.

Macam masa kat USJ dulu ktrg plan nak pergi bahagian mana dulu awal2, kat USS ni pun ktrg plan awal2 untuk menggunakan masa yang terhad ni secukupnya.
Ktrg dah plan nak naik ride apa dulu. Kalau ikut peta USS ni, ktrg mulakan dgn yang lebih afdal iaitu kanan.

Ikut anak panah tu.
Bawah ni aku cerita ride yang ktrg masuk ikut susunan:

Sci-Fi City
First sekali masuk The Ultimate 3D battle (Transformer) Ride. Beratur untuk ni yang paling lama. Dekat 2 jam jugak menunggu. Tapi naik ye x sampai 5minit. Dalam ni kita akan naik ride yang seolah2 kita berada dalam robot transformer ni, berlawan dengan robot jahat.

Second naik Roller coaster Cylon vs Human. Masa datang tu ingat nak naik Human dulu tapi tutup masa tu. So ktrg naik yang Cylon punya. Masuk2 terus dapat naik maybe sebab tadi Cylon ni tutup jugak, so tak ramai orang. Beg, kamera, handphone dalam poket semua x boleh bawak masuk sebab takut tergolek masa naik roller coaster ni. Cermin mata pun kena bukak letak atas rak yang disediakan dalam tu. Mula2 aku cakap kat orang tu tak boleh pakai je ke spek ni, sebab kalau aku xpakai memang x nampak lah. Orang tu cakap "MUST ". Lepas aku habis naik roller coaster tu baru aku faham kenapa kena buka spek. Memang akan terbukaklah spek kalo kita pakai masa naik tu. Untuk Cylon ni memang ada part dia rotate kita 360 degree, 3kali pulak tu. Dah lah ni baru 2nd time aku naik roller coaster, dapat terus yang super extreme punya.



Habis naik Cylon, ktrg keluar tengok Human punya dah bukak. Then terus masuk sebab x ramai orang lagi. Aku pun fikir memang gila lah ktrg ni x habis pening naik Cylon tadi terus nak naik Human. Kalau dalam plan yang ktrg buat, ingat nak break kejap lepas naik satu roller coaster. Tapi disebabkan x nak buang masa, terus je naik 2nd roller coaster. Untuk Human ni sama jugak x boleh bawak ape2 dengan kita. Tapi kalau nak compare Human vs Cylon ni, Cylon lagi extreme. Human xde lah dia rotate kan kite sampai 360 degree tu.

Yang bagusnya dalam USS ni ade surau. So ktrg solat kat surau yang terletak sebelah roller coaster tu je, before masuk ancient egypt punya area.
Nampak luar macam kecik

Masuk dalam ada lagi 2bilik asing untuk lelaki dan perempuan

Dalam tempat solat. Sejuk ada aircond

Tempat wuduk
Lepas solat terus sambung ke Ancient Egypt section

Ancient Egypt
Kat sini ktrg masuk Revenge of the Mummy Ride. Beg, botol air semua tak boleh bawak masuk, kena letak dalam loker kat luar. Loker tu free untuk 45minit je, lebih kena bayar. Loker yang free 45minit ni hanya di section Ancient egypt je. Kalau korang pergi section lain, loker dia memang kena bayar. Beratur untuk ride ni dalam 20-30 minit je. Pastu naik ride tu ada part dia stop kejap, then tiba2 reverse laju. Nak tahu macam mana rasanya, kena pergi rasa sendiri. haha.
Entrance Revenge of the Mummy

Locker


The Lost World
First naik Jurassic Park Rapid Adventure. Kita akan naik macam sejenis sampan bulat(x tau nama apa) melalui sungai yang dikelilingi dinasor. Amaran! sila beli siap2 baju hujan kat Daiso atau mana2 tempat yang murah. Sebab lepas naik ride ni confirm akan basah teruk kena air.
Then ktrg naik Canopy Flyer sambil melihat kawasan The Lost World ni dari atas.


Far Far Away
Dalam section ni, ktrg mulakan dengan Shrek 4D Adventure. Lebih kurang macam kita tengok wayang 3D + kerusi goyang2 masa naik kuda + rasa air semburan setiap kali Donkey bersin + rasa benda gerak2 masa spider jatuh kat kaki kita. Sebab tulah dipanggil 4D.
Gingerbread kat kaunter tiket.

Lepas habis tu kitrg naik Enchanted Airway. Lebih kurang macam roller coaster untuk kanak2.
Lepastu makan kat kedai fast food halal dalam tu - Friar's. Harga memang cekik darah, so share2 je lah food.
Castle

Shrek's house

Dah keyang ktrg pergi naik pulak Puss in Boots' Journey Ride, yang merupakan ride paling baru dalam USS ni. Antara banyak2 ride, aku rasa ride nilah yang paling x extreme.
Puss in Boots' Journey

Untuk Madagascar, New York dan Hollywood section ktrg cuma snap gambar je. So Alhamdullillah dapat naik hampir semua ride dalam USS ni. Hasrat aku untuk naik outdoor roller coaster pun dah tercapai. haha...


Kalau nak tahu lebih detail cara nak pergi dan main2 dalam USS ni boleh tekan blog ni. Aku ni jenis yang tak rajin nak tulis detail2 ni.

Kesimpulannya, perbelanjaan untuk sorang ke USS:
Tune hotel 1night = RM30 (dah bahagi2)
Package bus to USS & USS ticket = RM215
Minyak & Tol KL-JB = RM40 (dah bahagi2)
Duit belanja di USS = 15sgd = RM47.25
Total = RM332.25

The End...

1 comment:

JESS said...

Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86