Assalamualaikum.
Raya tahun 2016, untuk pertama kalinya aku xdapat beraya dengan family.
Sebab tempat kerja aku ni hantar training masa bulan puasa hari tu selama hampir 5 bulan jugak.
Nak tahu kat mana?
Yes, ade kat atas tu, Bangalore (also called Bengaluru), India.
Sebelum ni memang xpernah terfikir nak datang India.
Tapi dah tempat kerja nak hantar, grab jelah peluang ni. hehe...
Before datang Bangalore ni aku ade bace blog2 student Malaysia kat sana.
Hampir semua cakap yang Bangalore ni antara bandar yang terbersih di India.
Memang betul kalau nak dibandingkan dengan Delhi.
Dan pelajar Malaysia ni duduk kat kawasan city yang walking distance dengan kedai2.
Aku dah fikir "not bad lah sebab kalau bosan boleh jalan2 bandar".
Pada bulan June 2016, aku berangkat ke Bangalore.
Kat situ, aku tinggal di Hostel yang menempatkan staff2 hospital dan students2.
Ni rupa hostel kitorang. |
Macam penjara tak? |
Aku pergi training ni berdua je dengan kawan aku.
Dalam satu bilik ada 4katil single, 4attach locker, 1toilet, 1tempat shower dan 1sinki di luar toilet.
Toilet dengan paip. |
Bilik. |
Tempat mandi shower. |
Bilik ok lah jugak tapi diluar pemikiran aku yang ingatkan satu bilik 2orang lagi best.
So aku berdua campur dengan dua lagi Indian.
Alhamdullillah dorang tu jenis yang ok. But for a month only.
After that.... Kena sabor jelah...
Patutlah kalau kolej kat India ni International students dorang ada hostel sendiri xcampur dengan local. Baru faham.
Dan the main reason kitorang rasa xbest duduk sini sebab hostel. Kat hospital ok je.
Makanan semua dah disediakan oleh pihak hostel, memang dah masuk sekali dalam fee.
Yang senang ye kat sini sebab dorang ade yang vegetarian.
So akan ada dua jenis hidangan boleh pilih antara vege or non-vege.
Makanan petang pun pihak hostel ada sediakan. Selalunya biskut lah dorang bagi.
Ada hari2 tertentu dapatlah makan petang yang sedap sikit macam:
Payasam. Ni makan panas2 sedap. Kalau kat Malaysia kira macam bubur kacang lah. Ni lebih kurang macam bubur dorang. Tapi rasa memang lain. |
Untuk air tu mula2 datang better minum air mineral je.
Tapi sebab kitorang duduk hospital punya hostel, so air dia ok.
Kitorang minum air tapis dorang tanpa masak sebab kat hostel ni cooking is prohibited.
Sepanjang kitorang duduk India ni Alhamdullillah hanya sekali je kena cirit birit.
Lori air akan datang hari2 untuk isi air tangki sbb kat sini xade saluran air terus. |
Lorry air memang banyak nampak kat Bangalore ni sebab ada kawasan yang xdapat air terus.
Macam hostel ni location dia memang agak pedalaman sikit, bukan dalam bandar.
Tapi so far masalah air tu xade. Sekali jelah gangguan air tapi tupun sekejap.
Hospital
Perjalanan dari hostel ke hospital tempat aku traning tu mengambil masa dalam 15minit by bus kalau traffic smooth.
Bus hospital. |
Dalam bas. |
Unik x dalam bas ni. Boleh baring2. |
Semua bas xde aircond. Guna angin dari luar. Nasib baik cuaca kat Bangalore ni sejuk sikit dari Malaysia. |
Yang uniknya kat hospital ni ialah tempat sembahyang 4agama attach with each others.
Ada masjid, church, temple untuk hindu dan satu lagi untuk sikh.
Solat Jumaat ada buat kat sini jugak memandangkan masjid jauh dari hospital ni.
Kat sini azan dorang sejam lepas masuk waktu. So solat jumaat pun lambat sikit.
Tapi dorang tak boleh azan kuat2 guna mic macam kat Malaysia.
Tempat sembahyang yang attach. |
Tepi masjid tu church. |
Waktu solat masa bulan puasa. |
Waktu solat Jumaat. |
Ada jugak dua buah cafe yang terkenal kat India ni iaitu Cafe Coffee Day dan Chai Point.
Aku selalu lepak kat Chai Point memandangkan harga dia lagi murah berbanding Cafe Coffee Day.
Air chai masala dia pun sedap! Untuk staff dapat diskaun lagi tu.
10rupee (=60sen) je. Tapi cup kecik lah. Xpe asalkan puas minum. haha... |
Egg puff dia pun sedap makan panas2. |
Roti ada, nasi goreng ada, mee goreng pun ada.
Portion nasi dan mee dorang memang banyak. Kalau kita boleh share 2 orang.
Vegetarian fried rice. Banyak ni. |
Banana juice. 40rupee (=RM2.50) |
Untuk kudap-kudapan atau snek boleh dibeli kat kedai runcit yang terletak di bahagian bawah bangunan hospital ni. Harga jangan risau sebab memang setiap snek akan tercatit harganya kat belakang.
Ade lambang hijau tu insyaAllah boleh makan. |
Buttersctch milkshake. Agak pekat tapi sedap jugak. |
Badam drink. Sedap! Ni aku recommed korang try. Harga 45rupee. |
Antara yang dijual disitu. |
Kacang2 untuk dikunyah. |
Bilik ward dalam hospital ni aku tengok comfortable. Setiap ward boleh muat dua patient dan dipisahkan dengan divider kayu. Memang agak privasi daripada duduk kat hostel kitorang.
Ada satu extra katil lagi tu untuk waris yang meneman.
Ada satu bathroom yang agak modern dalam setiap bilik.
TV dan aircond ada satu kena share. Lampu dan kipas ada dua. Suis kat tempat katil masing2.
So tak ganggu patient sebelah kalau kita nak tutup lampu atau kipas masing2 punya bahagian.
Almari kayu untuk baju pun disediakan. Cuma bawa kunci mangga jelah untuk simpan barang2 berharga dalam tu.
Bilik ward. |
TV dan almari baju. |
Boleh kunci tapi kena bawa mangga sendiri. |
Kat India memang banyak perayaan yang ada. Tapi disebabkan Bangalore ni dalam daerah Karnataka, hanya beberapa perayaan je yang dapat cuti umum.
Masa perayaan ni memang dorang suka buat hiasan.
Sampai kenderaan dorang pun dorang hias warna warni.
Bas yang dihias sempena hari perayaan dewa dorang. |
Dalam bas pun siap berhias. |
Warna-warni lagi tu... |
Ni dalam hospital, depan lift. |
Buah yg dicalit dengan pewarna merah. Tengok macam sedap je kalau dapat makan. |
Untuk Hari Raya Aidilfitri, kitorang hanya sambut berdua di hospital.
Xcuti sebab bukan public holiday Karnataka.
Kitorang raya awal sehari dari dorang memandangkan start puasa kat Malaysia awal sehari.
Jadi berayalah sambil bekerja di hospital.
Pagi2 tu nampaklah orang2 solat raya, tapi lelaki je semua.
Ni waktu raya adha. |
Solat raya. |
Dua2 raya pun macam hari2 biasa. Sebab kitorang berdua je kat hospital tu.
Memang sepanjang kitorang duduk kat Bangalore ni xpernah jumpa student2 Malaysia,
walaupun kitorang pergi outing kat bandar.
Padahal ramai je student Malaysia kat bandar Bangalore ni kan.
Tempat training kitorang ni kot agak rare sikit. haha...
Untuk Bangalore (Part2) nanti aku akan ceritakan tentang tempat sesuai untuk bershopping
dan cara untuk pergi ke sana.
1 comment:
Jalan sakan
Post a Comment