Sunday, January 29, 2017

Mysore, India.

Tempat yang terdekat dengan Bangalore yang boleh korang lawati adalah Mysore.
Mysore ni merupakan famous cultural heritage centre of Karnataka.
Jarak dari Bangalore ke Mysore lebih kurang 143 Km atau 2 jam setengah.
Kitorang pergi sini dengan kereta yang telah ditempah oleh tempat kerja kitorang.

Bertolak dalam pukul 9:30am. Sampai Mysore dah tengahari. Perut pun dah lapo.
So, pergi singgah KFC dulu untuk makan.

KFC di Mysore.


Kat India ni, setahu aku KFC kat Bangalore dan Mysore Halal.
Kat daerah lain macam Delhi tu aku xpasti.
Tapi kat Mysore ni memang dia ade tulis Halal.
Nak menyakinkan kitorang lagi ade orang Indian Muslim pakai tudung family makan dalam ni.
Ade tulis Halal kat sini tapi camera hodoh, xnampak tulisan.
Promotion KFC masa tu.

Krushers pun ada.

Desserts dan air.

Menu nasi pun ade. (Sorry malas nak rotate gambar. haha...)

Set meals.

Bucket.

Burger.
Menu kat atas ni aku snap sebagai rujukan korang yang nak kira budget untuk makan KFC kat India ni. Nasi dia aku xberapa suka sebab rasa macam nasi briyani.

Lepas habis makan, kitorang menuju ke tempat yang memang popular di Mysore iaitu Mysore Palace.
Mysore Palace ni memang besar. Kitorang pergi masa hari Sabtu. So memang ramai orang.
Masyarakat India. Saree memang pakaian harian dorang kat sini.
Seni bina palace ni lawa jugak. Menurut dorang palace ni punya architectural style dikenali sebagai Indo-Saracenic.  
Ia merupakan gabungan antara Hindu, Muslim, Rajput, and Gothic styles of architecture.
Bahagian luar palace.

Sebelum masuk dalam bangunan palace, kita kena buka kasut kat luar.
Dorang ade sediakan tempat simpan kasut.
Tapi macam biase, kena bayar!
Nak masuk kena simpan kasut dalam ni. Tapi bukan free ye. Kena bayar jugak.
Bahagian dalam palace xboleh ambil gambar. Memang dorang jaga betul2.
Kalau dorang nampak ade orang nak snap gambar dorang akan marah orang tu.
Dalam tu seni bina dia agak unik. Tapi aku ni jenis yang xpandai tengok. haha...
Dalam tu xlah besar mana pun. Dalam 20minit round, pastu keluar.
Unta pun ade untuk sesiapa yang berminat nak naik.

Palace dari luar. Dalam xboleh ambil gambar.
Mysore palace dibuka everyday from 10am to 5.30 pm.
Tickets for Adults Rs40, Children below 12 years Rs25, Children below 7 years Free, Foreigner Rs200! (mak ai, mahal 5x ganda)
Bus services are available every 5 minutes from Bangalore. Luxury and normal buses are also available. Pasal bas ni aku xpasti macam mana nak book.
For more information please visit KSRTC Website www.ksrtc.in
St. Philomena's church. Famous sebab architecture dia yang menarik.
Next kitorang pergi tengok church yang terkenal di Mysore ni disebabkan reka bentuk dia.
Namanya St. Philomena's church. X masuk pun, snap gambar dari luar je.

Lepastu kitorang meneruskan perjalanan ke next attraction place di Mysore ni iaitu The Brindavan Gardens. Garden ni merupakan the best-illuminated terrace garden in India.
At Brindavan Garden.
Nak tahu kenapa ia antara best garden di India? Bacalah bawah ni aku copy paste:
"The Brindavan Gardens, a celebrated beauty spot in this part of India is world famous for its symmetric design. It is one of the most beautifully laid out terrace gardens in the world." 
Fountain.
"Located in the Krishnaraja Sagar dam site in Srirangapatna taluk of Mandya district, the Brindavan Gardens is at a distance of 24 Km."
Nampak sangat malas, kerja copy paste je.

Taman yang terletak tepi dam.

Tong sampah rabbit.
"The Musical and dancing fountain, is the main attraction of the visitors. The water, coloured light and music are harmonized in the fountain to create a water ballet controlled by an aquatic organ operated through a controller. Water is pumped to the fountain and the operation is computerised. All the other fountains run due to the water pressure from the dam." 
The Musical and dancing fountain ni aku tengok jugak. Time magrib2 tu dorang buat persembahan fountain berirama. Yelah buat waktu magrib sebab waktu tulah start gelap. Persembahan ni memang kena buat gelap2, kalau x, xnampak lah lampu dari fountain tu yang menari2. Fountain tu menari ikut lagu Hindustan yang dorang pasang. Aku mula2 tengok tu ok lah. Tapi dah masuk lagu ke-3 tu dah mula bosan sebab fountain tu nari lebih kurang sama je macam tadi. Tapi orang2 local still enjoy sambil bersorak2. Yelah lagu favourite dorang kebanyakannya. 
Sedang menunggu untuk Musical and Dancing Fountain show yang bermula pada pukul 7 malam.
Disebabkan camera aku ni hodoh, ditambah dengan keadaan gelap, lagilah xnampak ape2.
So, no picture untuk tarian fountain tu. Kalau nak tengok boleh google. 
Bawah ni details pasal garden ni:

Opening Times
The Garden is open to the Public from 6.30 A.M. to 9.00 P.M.
Transport
Many Government and private buses ply often from Mysore City to K.RS. K.S.R.T.C. buses also ply from Bangalore to K.R.S. and Mysore.
Entry Fee
Entry to K.R.S. is possible through the South - Main Gate and the North Gate. Entry fee is charged for adults and vehicles. Children below the age of 5 years are exempted from paying the entry fee.



Nilah 3 tempat menarik yang korang boleh lawati di Mysore, India. Aku listkan balik tempat2nya:
1) Mysore Palace
2) St. Philomena's Church
3) The Brindavan Gardens




No comments: