Kenapa tak pilih Ho Chi Minh(Saigon)?
Sebab kami nak cuaca yang sejuk dan view yang tenang. Haha...
Kalau Saigon lebih kepada untuk peminat shopping dan untuk night club for mat2 saleh kat luar sana.
Berbeza dengan percutian sebelum ni yang mana kitorang book flight lebih dari 5bulan b4 fly,
kali ni kitorang book ticket a month b4 sebab ni pun plan last minute.
Tempah Malindo sebab paling murah masa tu. So KUL-HANOI RM448(return).
Untuk hotel kitorang book online di Spring Flower Hotel, Hanoi for 4nights5days =RM500(breakfast included).
Hospitality kat hotel ni memang bagus. Bilik pun ok.
Breakfast biasa maybe sebab kita kena pilih makanan yang boleh dimakan je.
Tapi setiap pagi akan ada buah2, salad, cornflake. Makan tu pun ok dah.
Cuma yang kurangnya bilik ada tingkap tapi tak ade view.
Lobby hotel |
Tandas ade paip tepi jamban. |
Ade berus gigi dua set, sikat, shower cap. X payah bawak dari rumah pun x ape. |
Mineral water, 3in1 coffee & green tea. |
Slipper dalam bilik disediakan. |
1st day
Flight sebelah pagi dari KLIA. So dalam tengahari kami sampai ke NoiBai Airport, Hanoi. Beli simcard lepas keluar dari imegresen airport tu. Belok kanan ada banyak kedai jual simcard. Actually bagi aku kalau tak payah beli simcard ni pun tak ape sebab kitorang duduk hotel yang sama untuk 5hari tu. Tapi memandangkan my parents ada jadi kena belilah. Agak mahal kitorang beli 300.000VND(=15USD). Vinaphone 8gb internet data, boleh call & sms local free berapa banyak x ingat. Tapi sebenarnya kitorang nak ambil yang data internet je tapi x jumpa. Kalau ikutkan bolehlah dapat dalam 100.000VND.
Taxi kitorang book siap2 dari hotel sebab baca review orang lain taxi di Airport akan kenakan charge yang melampau. So for safety ambil dari hotel je. 500.000VND(=22USD) untuk 7-seater car. Driver tu akan pegang kertas yang tertulis nama kita dan nama hotel.
Dah jumpa driver, kami menuju ke hotel yang terletak lebih kurang 45minit dari airport. Hotel kitorang terletak di Old Quarter, berdekatan dengan tempat2 attraction di sini. Salah satu sebab kitorang pilih hotel ni sebab location dia. Walking distance to:
- Night market(pasar yang dibuka pada malam Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja). Hanya 2lorong dari hotel.
- Al-Noor Mosque(satu-satunya masjid di Hanoi). 8minit jalan.
- Hoan Kiem Lake(ade The Huc, jambatan merah yang merupakan salah satu attraction disitu). 7minit jalan.
Sampai di hotel, check in, solat, dan keluar untuk makan di Zaynab Restaurant bersebelahan Al-Noor Mosque.
Menu di Zaynab Restaurant, Hanoi. |
Air kopi. Sedap! |
Kedai ni agak tersembunyi sikit. Tips nak senang cari kedai ni kena masuk dalam kawasan masjid. Toleh kanan, nampak ada pintu gerbang kecik, nampak ade tanda Halal Food. Tulah dia. Dibuka setiap hari, pukul 11am-8pm.
Al-Noor Mosque. |
Di kawasan masjid. |
Tu pintu gerbang kecik sebelah motor. Masuk situ nampak bawah ni... |
Halal Food. |
Food sedap dan cepat. Kat Vietnam popular dengan kopi dia, so jangan lupa minta kopi ye. Harga kat kedai ni paling murah berbanding kedai halal yang lain. Walaupun memang mahal juga kalau nak banding dengan duit kita. Nak senang kira duit kita RM1=5.000VND.
Lepas makan, kitorang jalan2 berdekatan hotel. Sebab hari tu hari Jumaat, ade night market, so kami keluar jalan2 ke night market yang mula beroperasi pada jam 6pm.
Pengangkutan utama dorang motor. Kena hati2 masa nak melintas. |
Pokok tu memang famous kat situ. Lagi2 nak gong xi fa cai. |
Night market. |
Kat kawasan Hoan Kiem Lake. |
The Huc Bridge waktu malam. |
2nd day
Second day kami dah book tour ke Halong Bay. Kitorang book tour melalui laman web HanoiMuslim tour. Harga 39USD. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web dorang. Actually boleh dapat harga 30USD kalau book kat kedai2 tepi jalan tu. Tapi disebabkan my parents lebih selesa dengan package yang ada halal food, so ikutkan jelah.
Dalam pukul 8:30am, tour guide jemput kami di hotel, menaiki mini bus bersama2 tourist lain dari hotel2 yang berlainan. Hanya kami je yang muslim. Walaupun satu bus dengan diorang, tapi semua jenis yang behave. Ade 4orang Brazil, satu Spain, 3 Singaporean Chinese, 2 couple mat saleh xtau dari mana, yang lain ada dari Thailand, dan orang local sendiri. Total dalam 20 orang satu bus.
Perjalanan mengambil masa dalam 3 and half hours, dengan satu kali stop untuk minum atau pergi ke tandas(WC).
Tiba di Halong Bay, food akan disediakan atas kapal. Disebabkan hanya kami je muslim, takkanlah dorang nak sediakan halal food untuk 4 orang je. So kena makan sekali apa yang disediakan. Kebanyakannya seafood. Kalau dorang hidangkan ayam daging, jangan lah makan pulak. Air not included. Minum air mineral yang tour guide bagi dalam bus jelah.
Antara makanan yang dihidangkan. |
Ikan sweet sour pun ada. |
Lunch sambil menikmati view ni. |
Tangga menuju ke tingkat bawah kapal. |
Tempat makan dalam kapal di tingakat bawah. |
Orang lain sedang berkayak. |
Kapal ni akan singgah di salah satu cave yang terkenal di Halong Bay, named "Daugo cave". Nak masuk cave ni kena mendaki 100 anak tangga. Walaupun 100 tu nampak macam banyak, tapi sebenarnya ok. Tak rasa sepenat naik tangga batu caves sebab udara kat sini sejuk. Lagi pun x curam. Sambil naik tu boleh stop sekejap snap gambar.
Info tentang cave ni. |
Tangga menuju ke atas. |
View dari atas. |
Dalam cave. |
Dah selesai, kami pun balik. Dalam pukul 8pm sampai kat hotel. Malam tu makan Nasi Goreng Ikan Masin & Ayam masak Merah jenama Brahim yang dibawa dari Malaysia. Then Zzzz...
3rd day
Aktiviti hari ni adalah untuk melihat bandar Hanoi ni dengan cara berjalan kaki. Antara tempat2 yang kami lawati:
- Hoan Kiem Lake. Di sekitarnya ada Puppet water show dan The Huc Bridge(bermaksud morning sunlight bridge) yang menghubungkan temple di tengah lake tu. Jalan atas bridge tu free tapi nak masuk temple kena bayar.
Vietnam music show. |
Jalan2 tepi lake. |
Tong sampah. Jangan buang sampah merata. |
Aktiviti masyarakat Hanoi pada hari Ahad. |
Menuju ke Jabatan Merah (The Huc). |
Beli tiket masuk ke temple kat sini dulu. |
Harga tiket. Zoom atas tu. |
Puppet water show. |
- National Library of Vietnam. 4 minit walking from the end of the lake. Bergambar kat kawasan luar library je, tak masuk dalam building.
- Hoa Lo Prison (kat papan tanda tulis police musium tak silap). Tips nak cari tempat ni tengok nama jalan yang tulis Hoa Lo. Ikut jalan tu. Dekat je dengan National library, dalam 4 minit jalan.
Nampak batu bata ni maknanya dah sampai Hoa Lo Prison lah tu. |
Kawasan dalam. |
Tempat banduan buang air. |
Tempat kurungan dorang. |
Tengok cara dorang dikurung memang kejam. Ni masa dorang dijajah oleh France. |
Kalau dahaga ada vending machine. Sebelah tu locker. |
- Hanoi Tower. Sebelah Hoa Lo Prison je. Shopping mall tapi x besar sangat. Nak beli kopi atau tapis kopi vietnam dalam supermarket is recommended sebab harga dah fix. Kalau ada sale boleh dapat murah lagi.
Hanoi Tower. |
Lepas tu kami lunch di Namaste Restaurant, yang menyediakan makanan Halal India. Pilih kedai ni pun sebab location dia betul2 sebelah shopping mall tu.
Namaste Restaurant. |
Harga food agak mahal tapi makanan ok tak pedas. Kalau siapa yang nak jimat macam aku tak disarankan makan disini. Lainlah kalau makan makanan Vietnam Halal tapi mahal sikit, bagi aku lagi berbaloi.
Then dah kenyang, balik semula ke hotel. Otw singgah di Intimex supermarket yang terletak bersebelahan Hoan Kiem Lake. Kat situ macam supermarket lain, cuma besar sikit dari supermarket dalam Hanoi Tower tadi. Then round satu lake, tengok aktiviti masyarakat Vietnam di petang hari Ahad.
Malam tu kami jalan2 ke night market semula untuk beli souvenir memandangkan esok hari Isnin night market tak buka. Antara barang yang dibeli:
- Magnet tikar 20.000VND, magnet patung 8.000VND
- Diperbuat dari buffalo horn: owl keychain 20.000VND, sikat 70.000VND
- Baju jersey 200.000VND
- Strawberry half kg 100.000VND (agak mahal sebab x bargain)
4th day
Tour ke Hao Lu & Tam Coc. Book dengan HanoiMuslim jugak. Harga 39USD. Nak murah book kat kedai tepi2 jalan sebab makanan nanti buffet style. So boleh pilih makanan yang boleh dimakan. Disebabkan kitorang book dengan HanoiMuslim, so dorang dah prepare Halal Box lunch dari Cosiano Hotel. Dalam box tu ada Nasi goreng, telur mata, sate daging dan ayam goreng. Air Mineral pun dorang bagi.
Macam biasa, hanya kami je yang muslim dalam bus tu. Yang lain muda mudi mat saleh dari us (tengok gaya), satu family local, dan solo traveler dari nigeria. Group kali ni x sebest macam yang ke Halong Bay tu.
Perjalanan ambil masa dalam 2 jam dengan satu kali stop untuk minum atau tandas. Sebelum sampai ke Tam Coc, kami melawat famous temple di Hao Lu. Then sambung perjalanan ke Tam Coc yang mengambil masa kira2 40 minit. Sampai2 lunch dulu. Then jangan lupa pergi tandas dulu walaupun tak rasa nak pergi sebab kita akan menaiki sampan non stop untuk satu setengah ke dua jam. Apa yang uniknya disini sampan dikayuh menggunakan kaki. Satu sampan boleh muat 3 orang dewasa. Tapi kebayakannya naik berdua.
Tam Coc bermaksud 3 caves. Tempat ni memang aku recommend untuk dilawati. Kita akan duduk dalam sampan tengok pemandangan yang aman dan dapat masuk bawah caves yang gelap. Di penghujung cave yang ketiga, akan ada orang2 yang menjual makanan dan minuman. Yang x bestnye dorang macam memaksa untuk beli. Tapi up to you nak beli ke tak. Cakap je "Khong" (sebutan dalam melayu khom) maksudnya NO kalau x nak beli.
Tapi apa2 pun tip untuk ke Tam Coc ni ialah sediakan duit kecik untuk diberikan kepada orang yang mendayung sampan kita. 20.000VND pun dah ok.
Untuk baca lebih detail mengenai trip ke Hanoi ni, bolehlah ke laman web kakashes.blogspot.my. Blog tu aku tumpang masuk post. Gambar di Tam Coc banyak kat blog tu.
Last day
Flight Malindo ke KLIA pukul 12:15pm. Breakfast, checkout. Then naik taxi dalam pukul 9:45am. Kali ni harga taxi untuk 4-seater murah sikit 300.000VND. Dalam pukul 10:30am tiba di NoiBai Airport. Lupa nak bagitau tandas kat airport ni x ade paip ye. Tapi kalau kat tempat2 yang kami lawati sepanjang di Hanoi ni dan rest area dia tandas memang ada paip. So tak payah bawa botol pun x apa. Kat hotel kitorang pun ade paip tepi jamban. Cuma dalam airport jelah kena prepare botol sebab toilet dia x macam jepun yang ada tempat keluar air dari belakang tu.
Total kos kami untuk trip Hanoi ni lebih kurang RM1200 (flight+hotel+tour+food).
The End...
Sampai Malaysia... |
No comments:
Post a Comment