Thursday, August 6, 2015

Bukit Tinggi, Padang, Indonesia.

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali.

OK. Setelah berbulan2 menghilang, kini N xde kerja & mula nak menulis.
Ini mengenai Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. 4hari, 3malam.
Sesiapa yang merancang mahu holiday disitu, boleh lah tengok2 dulu post ni.

Ini adalah 1st time N jalan2 di oversea. huhu...
Habiskan round satu Malaysia dulu lah, barulah orang Malaysia. haha...
Malaysia tercinta, semua negeri N dah jejak kecuali Sarawak. Coming soon...

Seperti biasa, lets pictures tell you the story. haha...


Kitorang beli tiket AirAsia ni setahun b4 fly sebab Free seat tapi tetap kena bayar tax. Total RM75 (return).

Ni gambar 1st N snap setibanya di Padang, Indonesia.

Dalam perjalanan, nampak benda ni. xtau ape ni. Nampak pelik snap je.

Lembah Anai. Tepi jalan. Kalau nak masuk kena bayar tapi better snap gambar dari luar je. Jimat!

Danau Singkarak. Ni adalah sebuah tasik tapi nampak macam laut sebab besar. Kitorang lalu dari tepi je sebab nak masuk seperti biasa kena bayar.

Rumah Minangkabau.

View dari dalam rumah Minangkabau.
Dah penat berjalan, kami sampai di Mangkuto hotel di Payakumbuh dalam pukul 4.00 petang. Kami stay di sini satu malam b4 pergi ke Bukit Tinggi esok.

2nd day, dalam perjalanan ke Bukit Tinggi lalu jalan ni. Jalan bertingkat2, xingat nama. Nak menunjukkan kehebatan jurutera dorang. Memang kagum.
Lepas tu singgah makan, jalan sana sini. Dalam pukul 3 lebih petang sampai di Hotel di Bukit Tinggi.
View dari bilik dalam pukul 6 petang, boleh nampak 2 bukit.

Malam tu pergi makan berdekatan area Jam gadang. Jalan kaki je dari hotel.
Lepas makan balik hotel dengan kereta kuda. Kat sini memang famous dengan kereta kuda tapi hati2 dengan harga dia. Kitorang kena 80,000 rupiah (=RM26). Dorang memang suka letak harga ikut suka. Kalau orang luar lagi kaw2 dia charge. Baca review ada yang dapat 40,000 rupiah je. Nak shopping pun susah, barang xde tanda harga. So, dorang boleh letak berapa2 yang dorang suka. Harga makanan pun same atau lagi mahal dari Malaysia. Jus dia je yang kira OK.


Ade autumn.

3rd day lepas breakfast pergi jalan kaki ke Lubang Jepang(terowong Jepun). Ni view b4 masuk ke lubang tu.


"Masuk arah sana", kata askar jepun.



Dari dalam terowong kena turun tangga yang curam.

Lepastu jalan mendatar dan ada banyak cabang2. B4 masuk ada orang akan terang2 kan mengenai terowong ni. Then dorang akan offer untuk jadi penunjuk arah dalam ni sambil cerita mengenai sejarah lubang ni. tapi kitorang xambil sebab macam biasa, ada upahnya.
Lepas habis menerokai terowong ni, kami keluar dan menaiki angkut2(sejenis van) untuk ke pasar for shopping. Angkut2 ni murah dari  teksi, 4,000 rupiah (=RM1.20) seorang. Kat pasar xbeli ape2, cuma singgah solat dan makan je. Pastu balik ke jam gadang, singgah Pasar Atas. Nak beli pun dah xde mood sebab dah banyak kali kena tipu. Then malam tu macam biasa jalan makan minum tidur. xsabar nak balik malaysia tercinta. haha...

Ni antara jus2 terkenal di situ. 
Last day, lepas breakfast siap2 ke airport sewa kereta + pemandu = 450,000 rupiah. Gile mahal. Nak komen pun xlalu, memang kat sini pantang nampak orang luar harga pun double triple...

Bye2 padang...














Conclusion, in my opinion, if korang nak tengok lebih kepada kehijauan bukit bukau but nak yang budget2 punya, --> Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah is the best.
Kat situ memang akan rasa sejuk (pagi, malam dan masa hujan), dan lebih berbaloi.
View pun cantik, makanan xde kena melampau2, beli barang pun ada tag harga.
Senang cakap, cuti-cuti Malaysia. haha...

p/s: kalau nak sesuatu tempat tu berjaya, kena jujur.
contohnya Jepun. walaupun currency dorang lebih tinggi, tapi setiap barang dorang letak tanda harga.
and paling penting dorang jujur dan berdisplin dan pembersih.
Ni melalui pengalaman seseorang yang pernah ke sana dan bercerita kat N.
maybe lepasni nak ke Jepun tapi kena simpan duit lah. huhu...


Ok. Itu je. Sayonara...