Sunday, May 31, 2009

MEMORY 2008









...CALIPH14...THE END...

Tuesday, May 26, 2009


one of my cousin, 20 years old
study in US
but he cannot continue his studying there
because yesterday he was gone...

sedekahkan
AL-FATIHAH
to our cousin

Monday, May 25, 2009

Genap 2 bulan dah usia blog ni. Dan genap 22 tahun umur my sister tu. Happy birthday to my sister.

Thursday, May 21, 2009

IMPORTANT!

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (PORK) Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol and the tiramisu contains RUM. Please pass this message to your muslim friends. For Clarifcation pls Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.

INI
ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...

Tuesday, May 19, 2009

KNOWLEDGE (1)

Berita ni dah lama dah keluar tapi Reading 2 baru tahu semalam. Hahaha... itulah, lama tak tengok berita. Siapa yang dah tahu tu, abaikan aje post ni. Tapi kalau kakak Writing yang belajar politik pun tak tahu benda ni, kita yang asyik duduk rumah ni lagi lah tak tahu apa2.

Jom tingkatkan pengetahuan kita dengan membaca berita ni...

WANITA ISLAM PERTAMA DI WHITE HOUSE

Dunia Islam boleh berbangga karena baru-baru ini secara mengejutkan Presiden terpilih Amerika Serikat Barack Obama mengangkat seorang wanita muslim keturunan Mesir menjadi seorang Penasihat Presiden.Wanita tersebut bernama Dalia Mogahed, keturunan asli dari Mesir.

Wanita kelahiran Mesir ini telah menetap di Amerika Serikat sekitar 30 tahun yang lalu. Dia adalah seorang analis senior dan direktur eksekutif Gallup Center, lembaga survey independen tersohor untuk kajian tentang Islam. Dia merupakan wanita pertama dan satu-satunya yang berhasil menjadi salah satu anggota di White House.

Menjadi seorang penasihat presiden adalah suatu tantangan buat dirinya, karena selama masa kepimpinan Presiden sebelumnya George W Bush umat muslim cenderung di kenal sebagai teroris. Merupakan tugas yang berat bagi Dalia Mogaled untuk membalikkan opini tersebut dalam memperbaiki citra itu.

Pemilihan Mogahed juga dilihat oleh banyak pihak di Timur Tengah sebagai satu langkah maju Obama menghapuskan stereotip dan penghakiman terhadap Muslim, sesuatu yang menimpa komunitas sejak 11 September 2001 silam.

Mogahed tetap konsisten bahwa kepentingan utamanya adalah menjalankan tugas-tugas yang diperintahkan Presidennya dan sepenuhnya dia menyatakan diri loyalitas pertama akan diberikan kepada negaranya. Pernyataan yang ia keluarkan banyak mengecewakan beberapa pihak yang menginginkan Islam harus menjadi prioritas pertama baru yang lain.

Sebagian pihak juga sangat mengkhawatirkan akan pengangkatan dirinya. Mereka mengatakan bahwa Mogahed hanya akan menjadi boneka pemerintahan Amerika Serikat yang sekarang dan menggunakannya dirinya sebagai kedok politik yang tidak benar-benar mengarah kepada Mesir, Arab, dan Dunia Islam.




Saturday, May 16, 2009

HAPPY TEACHERS DAY

Hari ni special sikit, so Sunshine akan post.

SELAMAT HARI GURU!!!

Khas untuk guru2 di: Tadika Safa, SRIAAKL, SMIAAG & al-manar....
satu lagi to my mom because she also a teacher.

Happy nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua cikgu yang telah mengajar Happy dari tadika sampailah sekarang.

Walaupun cikgu-cikgu tak baca post ni, tapi tetap nak wish 'selamat hari guru' sebab tanpa cikgu2, siapalah Tears.

Semoga cikgu semua sihat, murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat.

tak lupa juga kepada my sister, "happy birthday to you". study baik-baik ye. tahun depan spm. hahahahaLaugh

Wednesday, May 13, 2009


Are you growing old?


Semakin lama kita akan jadi semakin tua. Dan semakin dekatlah ajal kita. Mungkin jawapan daripada test yang kita buat kat atas ni membanggakan kita sebab kita tak tua lagi, tapi kematian boleh datang bila-bila dan dimana-mana. Ingat tu!

Tak semestinya kita bercucu baru kena ingat mati. Tak semestinya masa muka berkedut baru nak bertaubat. Kita boleh mati sebelum kita capai cita-cita kita. Cita-cita untuk apa? Belajar kat US or any places, kerja, nak rumah, nak kawin, nak anak, nak kaya, nak popular, nak pangkat dll.


So remember, kematian semakin hampir dengan kita. Sudah bersediakah anda melaluinya?
Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang.

Monday, May 11, 2009

SAYONARA

kepada sesiapa yang akan masuk ke matrikulasi kpm,
Clappy nak ucapkan good bye and take care there...



jangan sedih2 and risau2 kat situ nanti.

Saturday, May 9, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY!

Sempena hari ibu sedunia pada esok hari, so marilah kita sama2 mengenang jasa ibu kita. Ada satu cerita melayu yang jalan ceritanya diambil daripada cerita dibawah yang berasal dari arab kot. Berkisar tentang pengorbanan ibu. Ramai yang dah tahu video dia rasanya sebab dah lama dah cerita ni. Apa-apa pun, baca jela and muhasabah diri...

My mom only had one eye. I hated her… She was such an embarrassment. .
She cooked for students & teachers to support the family.

There was this one day during elementary school where my mom came to
Say hello to me.

I was so embarrassed.

How could she do this to me?
I ignored her, threw her a hateful look and ran out.
The next day at school one of my classmates said, “EEEE, your mom only
Has one eye!”

I wanted to bury myself.
I also wanted my mom to just disappear..
I confronted her that day and said, ” If you’re only gonna make me a
Laughing stock, why don’t you just die?”

My mom did not respond….
I didn’t even stop to think for a second about what I had said, because
I was full of anger.
I was oblivious to her feelings.

I wanted out of that house, and have nothing to do with her.
So I studied real hard, got a chance to go abroad to study.
Then, I got married.
I bought a house of my own.
I had kids of my own.
I was happy with my life, my kids and the comforts, Then one day, my
Mother came to visit me.
She hadn’t seen me in years and she didn’t even meet her
Grandchildren.

When she stood by the door, my children laughed at her, and I yelled at
Her for coming over uninvited.
I screamed at her, “How dare you come to my house and scare my
Children!”
GET OUT OF HERE! NOW!!!”

And to this, my mother quietly answered, “Oh, I’m so sorry. I may have
Gotten the wrong address,”
And she disappeared out of sight.
One day, a letter regarding a school reunion came to my house.

So I lied to my wife that I was going on a business trip.
After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity.

My neighbors said that she died.
I did not shed a single tear.
They handed me a letter that she had wanted me to have.

“My dearest son,
I think of you all the time. I’m sorry that I came to your house and
Scared your children.
I was so glad when I heard you were coming for the reunion.
But I may not be able to even get out of bed to see you.
I’m sorry that I was a constant embarrassment to you when you were
Growing up.

You see……..when you were very little, you got into an accident, and
Lost your eye.
As a mother, I couldn’t stand watching you
Having to grow up with one eye.
So I gave you mine.
I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my
Place, with that eye.

With all my love to you,
Your mother.

Thursday, May 7, 2009

ARE YOU HAPPY?



hope u happy today...
walaupun 4 hari lagi sesetengah daripada korang akan masuk matrik...
happy sokmo deh!

Berkenaan dengan bahasa kelantan ni, teringat hari jumaat yang lepas. Happy telah ditugaskan untuk cari hotel kat KB sebab my parents tak sempat nak tempah. So, pada hari pekerja tu, Happy carilah beberapa hotel and call tanya ada bilik kosong tak.

Hotel: hello, hotel ____
Exec 2: nak tanya ada bilik kosong tak hari ni?
Hotel: pennuh la(kecek loghat kelate)
Exec 2: oooo, oklah terima kasih

Kebanyakan hotel yang Happy telefon semuanya cakap bahasa kelantan. sebab tu Happy saja nak guna bahasa kelantan sikit2.

Hampir 15 buah hotel kami call and semua cakap bilik dah penuh. Last sekali call mak and mak kata dah dapat bilik kat sebuah rumah yang beroperasi sebagai hotel. Yang kesiannya tandas dia kena kongsi kat luar bilik.

So, kalau nak bercuti nanti, tempahlah bilik awal2. Jangan jadi macam kami yang terpaksa telefon 15 buah hotel, daripada hotel yang nama dia best kepada hotel yang nama dia pelik2.

Selamat bercuti kepada rakan2 di university, terutamanya sakinah norazman, khairiyah anuar, maisarah mahmud, tengku nadhirah and sesiapa yang lain. Have a nica day!

Sunday, May 3, 2009

Rahsia Personaliti Dari Bulan Kelahiran Islam

Selalu kita baca rahsia personaliti ikut bulan jan, feb, mac dll. Sekarang, cuba kita baca ikut bulan islam pulak. Tahu tak korang lahir bulan islam ni bulan apa? Jom tengok surat lahir balik. But, macam biasa, baca just for fun eh. Dont believe 100%.

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Friday, May 1, 2009

JOM EXERCISE!

Kita mungkin sibuk bekerja dan kurang memberi tumpuan pada aktiviti senaman atau regangan. Jumping Jacksada satu senaman yang sesuai untuk kita.Jom kita try kat sini...

1. mula-mula angkat tangan. gedik-gedikkan kepala kemudian jatuhkan tangan dengan penuh kelembutan.

2. lepas tu putar-putarkan tangan ...putar-putar…putar lagi sampai 3x. tangan kita akan terasa ringan sedikit.

Kemudian buat aksi macam berenang lembik macam gambar diatas. Bayangkan kita di sebuah kolam renang rumah orang kaya-kaya… berenang slow-slow… dua tiga kayuh….dua tiga kayuh…dua tiga kayuh. Nanti Kita rasa sedap jer urat bila dapat diregang-regangkan…

Kemudian angkat kedua tangan paras bahu, kita sengetkan kepala ke kanan dan ke kiri.. kanan kiri… yaah! kanan kiri.. putar kanan kiri… lagi kanan kiri. Aksi ala-ala tarian rap ini sesuai untuk mengurangkan migrain dan rasa ketegangan pada urat leher.

Seterusnya pusing kepala kemudian rukuk… pusing lagi dan rukuk… buat dua tiga kali. bagi yang tak berkebolehan memusingkan kepala, anda bolehlah pusingkan badan anda sekali kemudian barulah tunduk. kalo jatuh atau pitam, itu bukan Rastaman punya salah… tak boleh jangan saman.

Lepas tu tukarkan badan anda pada vibrate mode….sambil badan bergetar anda bolehlah tonjolkan atau tujahkan sedikit kepala anda ke kanan dan ke kiri… vibrate macam handphone tau. hmm…rasa lega?

Kemudian beralih pula pada pergerakan yang lebih agresif. Gaya macam tengah mengamok atau histeria… huhu… eyyah yah yah yah…eyah yah yah yah…yah yah yah yah…anda harus menjiwai aksi ini. Buat sepenuh perasaan dan nikmatilah keberkesanan.

Pastu pusingkan kepala ke depan dan ke belakang arah lawan jam….bayangkan anda sedang berputar bersama mickey mouse dalam pertunjukan dancing on ice…

Anda kemudian melibas-libaskan tangan seperti itik yang cuba nak terbang… seronok sangat…

Tambahkan kegembiraan anda dengan aksi pop yeh yeh jefry Din … lalala...

last sekali buat gaya macam sangat teruja …say no to stress !..no stress…

Sebagai penutup… sorry ye... tampor muka sendiri tanda penghargaan untuk aksi senaman yang entah apa-apa ni…

selamat mencuba….