Friday, May 1, 2009

JOM EXERCISE!

Kita mungkin sibuk bekerja dan kurang memberi tumpuan pada aktiviti senaman atau regangan. Jumping Jacksada satu senaman yang sesuai untuk kita.Jom kita try kat sini...

1. mula-mula angkat tangan. gedik-gedikkan kepala kemudian jatuhkan tangan dengan penuh kelembutan.

2. lepas tu putar-putarkan tangan ...putar-putar…putar lagi sampai 3x. tangan kita akan terasa ringan sedikit.

Kemudian buat aksi macam berenang lembik macam gambar diatas. Bayangkan kita di sebuah kolam renang rumah orang kaya-kaya… berenang slow-slow… dua tiga kayuh….dua tiga kayuh…dua tiga kayuh. Nanti Kita rasa sedap jer urat bila dapat diregang-regangkan…

Kemudian angkat kedua tangan paras bahu, kita sengetkan kepala ke kanan dan ke kiri.. kanan kiri… yaah! kanan kiri.. putar kanan kiri… lagi kanan kiri. Aksi ala-ala tarian rap ini sesuai untuk mengurangkan migrain dan rasa ketegangan pada urat leher.

Seterusnya pusing kepala kemudian rukuk… pusing lagi dan rukuk… buat dua tiga kali. bagi yang tak berkebolehan memusingkan kepala, anda bolehlah pusingkan badan anda sekali kemudian barulah tunduk. kalo jatuh atau pitam, itu bukan Rastaman punya salah… tak boleh jangan saman.

Lepas tu tukarkan badan anda pada vibrate mode….sambil badan bergetar anda bolehlah tonjolkan atau tujahkan sedikit kepala anda ke kanan dan ke kiri… vibrate macam handphone tau. hmm…rasa lega?

Kemudian beralih pula pada pergerakan yang lebih agresif. Gaya macam tengah mengamok atau histeria… huhu… eyyah yah yah yah…eyah yah yah yah…yah yah yah yah…anda harus menjiwai aksi ini. Buat sepenuh perasaan dan nikmatilah keberkesanan.

Pastu pusingkan kepala ke depan dan ke belakang arah lawan jam….bayangkan anda sedang berputar bersama mickey mouse dalam pertunjukan dancing on ice…

Anda kemudian melibas-libaskan tangan seperti itik yang cuba nak terbang… seronok sangat…

Tambahkan kegembiraan anda dengan aksi pop yeh yeh jefry Din … lalala...

last sekali buat gaya macam sangat teruja …say no to stress !..no stress…

Sebagai penutup… sorry ye... tampor muka sendiri tanda penghargaan untuk aksi senaman yang entah apa-apa ni…

selamat mencuba….

2 comments:

Anonymous said...

eh tira senaman ape ni??pelik bangat seh..

N.A said...

hahahahah
najiehah....
ni senaman khas utk
spesis yg bname kartun shj