Sunday, March 26, 2017

Harga minyak RON95, RON97 dan DIESEL 2017

Setiap kali akhir bulan kita mesti ternanti-nanti harga minyak untuk bulan seterusnya. Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga minyak akan diumum secara mingguan bermula 29 Mac 2017 ni. Setiap hari Rabu selepas jam 8 malam kita akan tahu harga minyak untuk keesokan harinya.

Tujuan harga minyak ni diumum secara mingguan ialah supaya kalau harga minyak tu naik, takdelah masyarakat rasa naiknya terlalu mendadak, macam masa bulan Februari hari tu, terus naik 20sen.

Aku tak pasti sama ada pengumuman ni baik untuk aku atau tak. Yang advantage nya apa yang ditulis kat atas tu. Tapi yang disadvantage nya aku akan pening setiap kali malam Rabu fikir minyak naik ke turun. Kalau before ni pun aku dah pening setiap kali akhir bulan pasal harga minyak ni. Ni pulak setiap minggu.

Apa yang aku tahu, naik turun harga minyak kat Malaysia ni bergantung pada harga minyak mentah Brent dan nilai mata wang Malaysia berbanding US. So, contohnya kalau harga minyak Brent susut tapi nilai mata wang kita rendah, harga minyak kita pun sama or naik sikit. Kalau harga minyak Brent rendah, nilai mata wang kita kukuh, harga minyak pun turun. Ni apa yang aku faham lah.

Bawah ni aku listkan harga minyak bermula Januari 2017:
                  -JAN-          -FEB-         -MAR-
RON95:   RM2.10 --> RM2.30 --> RM2.30    
RON97:   RM2.40 --> RM2.60 --> RM2.60
DIESEL:  RM2.05 --> RM2.15 --> RM2.20

Bawah ni aku share graph harga minyak mentah Brent untuk 3 bulan tahun 2017 ni. Apa yang kita boleh nampak, harga minyak Brent turun mendadak untuk bulan March 2017.

Graph harga minyak terkini (Sumber:hargaminyak.net)
Nilai mata wang kita berbanding US pulak adalah mengukuh sikit.
Graph mata wang MYR to USD (sumber:www.xe.com)
Kesimpulannya, jika berdasarkan kepada kedua-dua graph diatas --> harga minyak kena turun.
Ni apa yang aku tengok2 lah. Tapi aku bukanlah pakar. Jadi kita tengok jelah hari Rabu ni macam mana.

Sekian. Post ni sekadar untuk share knowledge bersama.

Saturday, March 25, 2017

Review Action Camera GoPro vs SjCam m20

Hari ni aku nak tunjuk sikit perbezaan action camera yang memang popular dan dikenali ramai sebab kualiti gambarnya yang cantik iaitu GoPro tapi harganya agak mahal, dengan satu lagi action camera yang dikenali sebab harganya yang murah tapi kualiti gambarnya not bad iaitu SjCam m20.

Untuk GoPro ni aku tak tahu model apa sebab adik aku yang beli, tapi yang pasti model ni yang paling rendah harganya berbanding model GoPro yang lain.

First aku tunjuk gambar2 hasil dari GoPro ni dulu.


Ni gambar aku snap tepi tingkap dari dalam kereta
Gambar snap masa kereta tengah slow moving




Gambar dalam gua





Secara keseluruhan, gambar dari GoPro ni memang tak dinafikan bagus. Cuma cara kita setting dan snap gambar tu yang membuatkan kualiti gambar jadi berbeza-beza. Untuk gambar waktu malam aku xsempat pulak try guna goPro ni.

Bawah ni pulak dari camera budget kita, SjCam m20.

Gambar waktu malam

Gambar tasik waktu malam

Gambar dalam gua



Abaikan setting fish eye tu. Sebenarnya boleh je tukar setting xguna fish eye.
Secara kesuluruhan, kualiti gambar dari SjCam ni memang setanding goPro. Xdelah setanding 100%, tapi masih boleh diterima oleh kita2 yang xmampu beli camera mahal2 ni.
Cumanya keburukan camera ni, kalau kita tangkap gambar masa duduk tengah bahagian belakang dalam kereta, nak snap dari dalam kereta ke luar tingkap gambar memang x nampak luar langsung. Contohnya macam gambar kat bawah ni.

Ni gambar yang aku nak dapatkan (sumber:Google)

Tapi gambar ni je yang dapat (sumber:Google)
Tapi jangan risau kalau kita letak camera dekat dengan tingkap boleh nampak luar macam gambar bawah ni yang diambil dalam plane.

Actually, action camera ni dibuat lebih untuk kita ambil video daripada snap gambar. And sebab utama aku beli action camera ni memang khas untuk ambil video.
Jadi, kita tengok perbandingan video yang diambil dari kedua2 camera ni. Korang boleh tengok kat bawah ni dan nilaikan sendiri.



Apa-apa pun, camera goPro memang terbaik kualiti gambarnya. Tapi bagi sesiapa yang tak cukup budget macam aku, lagi2 dengan ekonomi yang tak bagus ni, tapi teringin nak beli action camera, bolehlah pilih SjCam model m20 ni. Aku memang recommend yang ni. Harga pun takdelah mencecah RM1000 macam goPro tu. Lebih kurang RM420++ satu set sekali dengan perkakas2 dia.



ni lah perkakas2 yang dia bagi sekali dengan kamera
Lagi satu yang bestnya sebab camera ni ada gyro function. Maknanya kalau nak amek video tangan kita shaking2 tu x adelah terlalu nampak shaking sangat sebab ade function untuk menstabilkan video kita. Lagi satu camera ni boleh masuk air tapi kena guna cover luar yang disediakan tu. Untuk masuk air ni aku x pernah try lagi.

So, itu saja review kita untuk hari ni. Bye...


Thursday, March 16, 2017



Sorry, aku x setuju dengan perumpamaan kat atas ni. Haha...
Ni bagi pendapat aku lah, almost all "the best one" which at "the top of the tree" akan dapat orang yang "the best one" jugak. and in a short time, no need to wait2.
So kalau aku ni apple jgk, aku bagi perumpamaan kat diri sendiri as "apple yang bahagian tengah dalam2 daun pokok" tu, which orang x boleh nampak sebab duduk bahagian dalam2.

"So the apples at the tengah dalam2 think something is not wrong with them, as they also know that they're hidden."

Hari ni aku cuma nak advise 3 benda ni;
--> Make things easy, not complicated.
--> Ask for opinion, but not take it totally. So next time don't ask others for opinion if you have your own.
--> Perfectionist, not my style.

Bye...

Saturday, March 11, 2017

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita pengalaman ke Universal Studio Singapore(USS).
Kalau sebelum ni ktrg pergi ke Universal Studio Japan(USJ) tak dapat naik outdoor roller coaster, kali ni dapat jugak lah merasa.

Ktrg ambik pakej yang ada tiket masuk ke USS dgn bas dari JB ke USS = RM215/pax

Pergi masa ph Thaipussam, hari khamis. Rabu malam bertolak dari KL pergi JB dan bermalam di Tune Hotel, Danga Bay sebab bas ke USS akan pick up kat situ.
Esoknya dalam pukul 7:30am tunggu bas kat lobby bawah. Sampai ke USS dalam pukul 10:45am.
Yang buat lama sebab kita dari Malaysia kena lalu dua imegresen iaitu Malaysia dan Singapore di dua buah tempat yg berlainan.
Malaysia punya part nak lepas senang je sbb kita ada automatik gate. Tapi yang part Singapore tu ambil masa dalam sejam jugak lah sebab manual.

Macam masa kat USJ dulu ktrg plan nak pergi bahagian mana dulu awal2, kat USS ni pun ktrg plan awal2 untuk menggunakan masa yang terhad ni secukupnya.
Ktrg dah plan nak naik ride apa dulu. Kalau ikut peta USS ni, ktrg mulakan dgn yang lebih afdal iaitu kanan.

Ikut anak panah tu.
Bawah ni aku cerita ride yang ktrg masuk ikut susunan:

Sci-Fi City
First sekali masuk The Ultimate 3D battle (Transformer) Ride. Beratur untuk ni yang paling lama. Dekat 2 jam jugak menunggu. Tapi naik ye x sampai 5minit. Dalam ni kita akan naik ride yang seolah2 kita berada dalam robot transformer ni, berlawan dengan robot jahat.

Second naik Roller coaster Cylon vs Human. Masa datang tu ingat nak naik Human dulu tapi tutup masa tu. So ktrg naik yang Cylon punya. Masuk2 terus dapat naik maybe sebab tadi Cylon ni tutup jugak, so tak ramai orang. Beg, kamera, handphone dalam poket semua x boleh bawak masuk sebab takut tergolek masa naik roller coaster ni. Cermin mata pun kena bukak letak atas rak yang disediakan dalam tu. Mula2 aku cakap kat orang tu tak boleh pakai je ke spek ni, sebab kalau aku xpakai memang x nampak lah. Orang tu cakap "MUST ". Lepas aku habis naik roller coaster tu baru aku faham kenapa kena buka spek. Memang akan terbukaklah spek kalo kita pakai masa naik tu. Untuk Cylon ni memang ada part dia rotate kita 360 degree, 3kali pulak tu. Dah lah ni baru 2nd time aku naik roller coaster, dapat terus yang super extreme punya.



Habis naik Cylon, ktrg keluar tengok Human punya dah bukak. Then terus masuk sebab x ramai orang lagi. Aku pun fikir memang gila lah ktrg ni x habis pening naik Cylon tadi terus nak naik Human. Kalau dalam plan yang ktrg buat, ingat nak break kejap lepas naik satu roller coaster. Tapi disebabkan x nak buang masa, terus je naik 2nd roller coaster. Untuk Human ni sama jugak x boleh bawak ape2 dengan kita. Tapi kalau nak compare Human vs Cylon ni, Cylon lagi extreme. Human xde lah dia rotate kan kite sampai 360 degree tu.

Yang bagusnya dalam USS ni ade surau. So ktrg solat kat surau yang terletak sebelah roller coaster tu je, before masuk ancient egypt punya area.
Nampak luar macam kecik

Masuk dalam ada lagi 2bilik asing untuk lelaki dan perempuan

Dalam tempat solat. Sejuk ada aircond

Tempat wuduk
Lepas solat terus sambung ke Ancient Egypt section

Ancient Egypt
Kat sini ktrg masuk Revenge of the Mummy Ride. Beg, botol air semua tak boleh bawak masuk, kena letak dalam loker kat luar. Loker tu free untuk 45minit je, lebih kena bayar. Loker yang free 45minit ni hanya di section Ancient egypt je. Kalau korang pergi section lain, loker dia memang kena bayar. Beratur untuk ride ni dalam 20-30 minit je. Pastu naik ride tu ada part dia stop kejap, then tiba2 reverse laju. Nak tahu macam mana rasanya, kena pergi rasa sendiri. haha.
Entrance Revenge of the Mummy

Locker


The Lost World
First naik Jurassic Park Rapid Adventure. Kita akan naik macam sejenis sampan bulat(x tau nama apa) melalui sungai yang dikelilingi dinasor. Amaran! sila beli siap2 baju hujan kat Daiso atau mana2 tempat yang murah. Sebab lepas naik ride ni confirm akan basah teruk kena air.
Then ktrg naik Canopy Flyer sambil melihat kawasan The Lost World ni dari atas.


Far Far Away
Dalam section ni, ktrg mulakan dengan Shrek 4D Adventure. Lebih kurang macam kita tengok wayang 3D + kerusi goyang2 masa naik kuda + rasa air semburan setiap kali Donkey bersin + rasa benda gerak2 masa spider jatuh kat kaki kita. Sebab tulah dipanggil 4D.
Gingerbread kat kaunter tiket.

Lepas habis tu kitrg naik Enchanted Airway. Lebih kurang macam roller coaster untuk kanak2.
Lepastu makan kat kedai fast food halal dalam tu - Friar's. Harga memang cekik darah, so share2 je lah food.
Castle

Shrek's house

Dah keyang ktrg pergi naik pulak Puss in Boots' Journey Ride, yang merupakan ride paling baru dalam USS ni. Antara banyak2 ride, aku rasa ride nilah yang paling x extreme.
Puss in Boots' Journey

Untuk Madagascar, New York dan Hollywood section ktrg cuma snap gambar je. So Alhamdullillah dapat naik hampir semua ride dalam USS ni. Hasrat aku untuk naik outdoor roller coaster pun dah tercapai. haha...


Kalau nak tahu lebih detail cara nak pergi dan main2 dalam USS ni boleh tekan blog ni. Aku ni jenis yang tak rajin nak tulis detail2 ni.

Kesimpulannya, perbelanjaan untuk sorang ke USS:
Tune hotel 1night = RM30 (dah bahagi2)
Package bus to USS & USS ticket = RM215
Minyak & Tol KL-JB = RM40 (dah bahagi2)
Duit belanja di USS = 15sgd = RM47.25
Total = RM332.25

The End...