Saturday, May 28, 2016

Osaka, Japan.

Assalamualaikum.

Dalam post yang lepas, N ade tulis yang N sedang berusaha mengumpul duit untuk ke satu tempat ni.
So now, mission complete!  (b4 that, N dah g Sarawak ye)
Where???

DI NEGARA MATAHARI TERBIT
Perjalanan kali ini kami ke Osaka, Jepun. Flight ambil masa dalam 6 jam.
Seperti biasa, untuk dapat percutian yang budget berbaloi2, kami book tiket flight AirAsia 6 bulan b4, mase ade promotion. Dalam RM600 pergi balik.

1st day.
Masa kami sampai, bulan January 2016 musim sejuk tapi xde salji.
Pengangkutan utama kat sini adalah train. Lepastu kena jalan kaki sikit/banyak sikit untuk ke tempat yang nak dituju.

Lepas sampai sana, kami pergi hotel letak barang dulu.
Lepastu keluar cari makan.

Nampak menara ni masa nak menuju ke tempat makan halal- AYAM YA
 Lepas makan, pergi ke tokong yang agak famous kat situ. Seberang train je.
Pintu masuk. Kat sini kalau jalan2 terserempak dengan orang Indon/Malay both jalan buat2 xnampak. Haha... agak x senonoh disitu so jangan ikut perangai yang xperamah ni ye.



Habis jalan2, kitorang balik hotel solat rehat. Malam tu keluar balik jalan2 kat kawasan agak jauh sikit dari hotel dan ape lagi, makan.



Dah kenyang makan, penat jalan kitorang pun balik hotel tido...

2nd day.
Oleh kerana di Osaka ade Universal Studio, ditambah dalam tu ade Harry Potter, alang2 dah jejak kaki ke sane, jangan lepaskan peluang ni.
So, aktiviti kami untuk 2nd day ni adalah berjalan2 di dalam Universal Studio Japan(USJ).
Tiket kitorang beli siap2 kat KLCC sebab boleh jimat mase xpayah beratur beli tiket kat sana nanti.
Harga lebih kurang 7,500 yen.

Roller coaster yang menarik. Tapi kitorang xnaik sebab dengar kata orang bertudung xboleh naik. Sebab ade kes tudung tercabut pastu ape ntah. Agak rugi disitu...

JAWS! Ni kitorang naik sampan tengok orang tu tembak jaws tu.

Wonderland. Sesuai untuk kanak2 dan sesiapa yang minat Snoopy, Hello Kitty dll. Oleh kerana kami xboleh naik roller coaster yang extreme kat luar, so kami naik roller coaster indoor dalam wonderland ni. Walaupun pendek tapi akhirnya N dapat merasa jugak untuk naik benda ni for the 1st time. Lain kali nak naik lagi. hehe...
 Lepastu kitorang masuk tempat Harry Potter. B4 masuk kena ambil tiket masa dulu, supaya kita masuk ikut masa yang ditetapkan. Untuk keterangan lanjut boleh pergi ke laman web USJ.
Tu, kereta Ron.

Hogward train

Castle. 



Lepas dah masuk Harry Potter, kitorang round2 tempat lain...


Acah2 kat New York.
2nd day dihabiskan di USJ je.

 3rd day
Hari ketiga merupakan hari Jumaat. So, kami pergi jalan2, pastu pergi ke masjid di sana.
Lunch berdekatan masjid, ade kedai indian halal.
Selalunya dia ada menu boleh pilih nak makan apa mengikut baget kita.
Tapi satu benda yang kitorang xtau ialah setiap Jumaat, dorang buat buffet.
So nak xnak kena keluarkan duit untuk buffet tu sebab semua dah lapo.
Alhamdullillah sedap, terutamanya dessert dia.
Kat situlah baru nampak ramai sikit orang Melayu. Orang Jepun Islam pun ofcourse ade, orang Arab, Indon, dll.


Pagi tu kitorang jalan2 g sini dulu.

bentuk "key" boleh dilihat kalau tengok dari aras udara

yang ade pasu2 keliling tu sebenarnya kubur. Cara dorang tanam pun xberapa nak faham

View dari atas. Fantastic

Ni masjid yang kitorang singgah untuk solat

Kucing Jepun jalan2
Petang tu kitorang pergi salah satu muzium istana yang terletak atas bukit



Inilah rupa istana nya...
Dalam tu macam muzium, letak barang2 istana. Bosan sikitlah bagi N.
Tapi kat tingkat atas sekali dapat lihat view yang cantik. 360 degree.

4th day
Kami bangun awal dari yang biasa. Sebab tempat yang nak dituju hari tu adalah tempat yang jauh.
Kitorang naik JR bullet train yang memang price ade sekali dalam pass yang kitorang beli.
Destinasi nya ke Hiroshima. (ye, kitorang sampai hiroshima dulu b4 Obama. haha..)
Tapi sebelum tu kitorang singgah ke pulau yang terkenal dengan rusa yang jinak.
Tu rusa sedang bersiar2

Kedai disekitar kawasan 

Pintu gerbang di tengah laut

Tinggalan bangunan yang terkena bom di Hiroshima


Tempat memperingati mangsa.

5th day
Last day. Flight kitorang petang lepas asar, so kitorang jalan2 tempat yg dekat dengan hotel.
Gambar xbanyak sebab memory handphone full. haha...


lepastu checkout hotel.
naik train ke airport.
makan dan solat kat sane.
Bawah ni rupa Surau kat airport tu...
agak luas jugak dan selesa

tempat wudu', siap ade sabun dan tisu.
Lepastu siap2 nak masuk plane. Dah selamat duduk dalam plane, announcement "FLIGHT DELAY".
Sebab?  
.........................................
So total perbelanjaan kitorang dalam 2500++/pax   (tanpa travel agency)
Kalo tak masuk USJ dapat lah jimat 2000++/pax
Untuk tahu lebih detail mengenai trip kitorang ni boleh klik blog kakashes.blogspot.my
bye2 Jepun. Masa nak baliklah baru snow nak turun.