Wednesday, June 24, 2009

CERITA LEMBU & ANJING


Mad Cow: Hai anjing, apa khabar? Kenapa muka macam tak boleh bla aje?

Dog 5: Aku tengah tension ni. Aku rasa nak aje gigit orang tadi. He...

Mad Cow : Eh? kenapa pulak? Tak baik emo-emo ni.

Dog 5: Tadi, aku lalu tepi sorang lelaki dan perempuan ni. Sedap berkepit berdua. Tetiba si lelaki terperanjat tengok aku dan terus melompat dan jerit "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

Mad Cow: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

Dog 5: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

Mad Cow: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahram tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, lepastu tak boleh suci and samak pulak tu.

Dog 5: Wah... ayat ko memang power la. manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"


AMARAN: sila baca dulu post 'JOM TERJAH' kalau anda tak baca lagi itu post.

No comments: