Monday, April 11, 2011

tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang

kalo kita kat sesuatu tempat,
and nampak ade orang yang pakai tudung & baju labuh,
mesti kita fikir,"mesti asal kelantan ni"

ok, post kali ni nak cerita pasal;
'tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang.'
tajuk ni agak panjang & pelik plk
hoho...
ni sambungan untuk post sebelum ni,

cam biase, nak cerita pengalaman N,
masa mula2 masuk ipta ni,
ade sesi kenal2 dalam kelas.
kene bgtau name, asal, sekolah.
pastu nak diringkaskan cerita disini,
ade orang kata dia ingat N asal kelantan...

tu kes first,
second kes mase praktikal hari tu,
ade orang tanye, "kelantan ye?"
bukan orang melayu tu, tapi india.

jadi, disini kita dapat lihat,
pemikiran masyarakat sekarang,
bila tengok orang pakai labuh2,
mesti fikir orang2 ni dari negeri2 timur terutamanya,
macam kelantan & terengganu.

actually, pemakaian seseorang tu bergantung pada kemahuan orang tu sendiri.
dan persekitaran takkan mampu pengaruhi seseorang tu kalo dia memang dah yakin dengan pegangan dia.

contohnya, kita dapat tengok,
kebanyakan budak yang waktu sekolah pakai tudung,
then, bila masuk ipt, dah free hair, pakai ketat2.
nak salahkan persekitaran?
mungkin jugak, tapi kita kene fikir yang kita takkan berubah kalau kita tetap pendirian.

kalau nak cakap jujur,
N tak suka kalau orang kata N ni dari kelantan,
sorry ye orang kelantan, tapi N ade sebabnya,
sebab macam menunjukkan orang yang pakai camni semua dari kelantan je.
so, orang KL semua pakai baju hot2 je ke?

nak cakap jujur lagi,
hehe... tak puas hati lagi ni.
N takde saudara mara yang duduk kat kelantan.
keluarga belah mak semua asal perak,
keluarga belah abah asal selangor.
pastu pakcikmakcik takde yang kawen dengan orang yang asal negeri timur.
jadi, N takde darah kelantan :p

lagi satu, kita boleh ubah pemikiran orang lain yang anggap orang bandar macam KL & johor pakai baju yang hot2 je.

jadi kepada rakan2 N yang pakai labuh2 tu,
please proud to be yourself,
mungkin anda akan dipandang pelik oleh orang lain,
tapi ingatlah bahawa;

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]


p/s: macam mase kat tempat praktikal N tu, ramai je orang2 kelantan pakai tudung, tapi kat luar free hair.