Friday, August 26, 2011

Ghuraba (part2)


hari ni dah 26 Ramadhan.
hari ni jugak satu family dah ade kat rumah.
waw... 1 happy family at home.


ok, sekarang kita sambung cerita semalam.
part 2 pasal....

..............................................................................


"i'll protect u" - sweet tak ayat ni? =_=
2nd: bercouple

Sekarang couple adalah perkara yang biasa.

Ada couple tu dianggap sesuatu yang membanggakan.

Buktinya yang selalu kita tengok,

Dalam fb, org tu tukar status in relationship with…

Bawah tu mulalah orang lain like, cakap tahniah, and bla… bla…

Kalau married betul2 takpelah nak cakap tahniah semua tu,

Ni baru in relationship, belum tau nak kawen ke tak.

Then bile status tukar jadi single,

Orang lain mulalah tulis, sabar ye, ada lagi org lain kat luar sana, bla.. bla…

Uish, Keadaan dah jadi terbalik sekarang.

Cuba kita tengok dalam kelas kita sendiri,

Generally yang belajar kat tempat yang tak berapa Islamic.

Hampir semua orang pernah atau tengah bercouple.

Kalau ade orang yang TAK PERNAH COUPLE tu mesti dorang rasa teramat peliklah orang tu.

Atau orang tu tak laku and tak seHOT dorang yang ada banyak ex…

kejap2, tapi kan,

kenapa kalau ade perkataan HOT je selalu dikaitkan dengan api?

macam ni -->

(fikir2 kan dan selamat berubah...)

ok, sambung balik,

But believe that orang yang never bercouple tu sebenarnya sedang dipelihara oleh Allah.

So jangan sedih kalau rasa asing sebab tak de couple tu.

Allah lebih sayangkan kita dan yang penting Allah redha dengan kita =)


Thursday, August 25, 2011

Ghuraba (intro.)

Ghuraba?

Maksud ghuraba yang paling simple-->asing.

Ok, hari ni nak cite pasal ghuraba.

Selalunya bile kita akan rasa seperti terasing?

Jwpn --> bile kita berada dikalangan orang2 yang tak mempunyai pegangan yang sama macam kita.

akan bagi contoh2 berdasarkan situasi sekarang,

sat sat. nak analisis sikit...

haha... konon...

................................................................................


Tuesday, July 12, 2011

نا لله وإنا إليه راجعونi

sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepadanyalah kita kembali


salah seorang batch masa sekolah rendah dulu telah meninggal dunia,
ini mengingatkan yang kematian datang tak kira usia,
semoga ini dapat memuhasabahkan diri kita.

AL-FATIHAH...

Monday, May 16, 2011

cerita di zaman sekolah

waktu sekolah dulu,
selalu;
(blur bila cikgu ajar)
(tido dalam kelas)

dan yang paling worst,
(tinggalkan sekolah macam tu je, tanpa bagi apa2 sumbangan kat skolah...)

jadi,
sempena hari guru ni,
nak ucap kan selamat hari guru
kepada semua yang bergelar cikgu.
segala salah dan silap yang pernah buat,

pengakuan berani disini: sangat2 hargai segala ilmu yang cikgu2 berikan walaupun tak berapa minat sesetengah subjek tu. sebab tanpa cikgu, mungkin akan jadi orang seperti ni


sekali lagi;
"SELAMAT HARI GURU"
hari2 pun hari guru kan =)

Thursday, April 28, 2011

tomorrow is the last exam for this sem.
then holiday for a month.

so many things i had learn this sem.
actually, there are a lot of things that we don't know,
but once we know about it,
we will start to think,
all the fate that Allah create for us,
have a reason behind that.
maknenye, ade hikmah disebalik apa yang terjadi kat kite.

jadi, jangan persoalkan kenapa kita amek ni, kenapa kita buat tu, kenapa and kenapa....
because setiap apa yang kita lalui tu ada hikmahnya.
and believe that Allah know what is the best for us :)

Monday, April 11, 2011

tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang

kalo kita kat sesuatu tempat,
and nampak ade orang yang pakai tudung & baju labuh,
mesti kita fikir,"mesti asal kelantan ni"

ok, post kali ni nak cerita pasal;
'tempat kelahiran tak melambangkan pemakaian seseorang.'
tajuk ni agak panjang & pelik plk
hoho...
ni sambungan untuk post sebelum ni,

cam biase, nak cerita pengalaman N,
masa mula2 masuk ipta ni,
ade sesi kenal2 dalam kelas.
kene bgtau name, asal, sekolah.
pastu nak diringkaskan cerita disini,
ade orang kata dia ingat N asal kelantan...

tu kes first,
second kes mase praktikal hari tu,
ade orang tanye, "kelantan ye?"
bukan orang melayu tu, tapi india.

jadi, disini kita dapat lihat,
pemikiran masyarakat sekarang,
bila tengok orang pakai labuh2,
mesti fikir orang2 ni dari negeri2 timur terutamanya,
macam kelantan & terengganu.

actually, pemakaian seseorang tu bergantung pada kemahuan orang tu sendiri.
dan persekitaran takkan mampu pengaruhi seseorang tu kalo dia memang dah yakin dengan pegangan dia.

contohnya, kita dapat tengok,
kebanyakan budak yang waktu sekolah pakai tudung,
then, bila masuk ipt, dah free hair, pakai ketat2.
nak salahkan persekitaran?
mungkin jugak, tapi kita kene fikir yang kita takkan berubah kalau kita tetap pendirian.

kalau nak cakap jujur,
N tak suka kalau orang kata N ni dari kelantan,
sorry ye orang kelantan, tapi N ade sebabnya,
sebab macam menunjukkan orang yang pakai camni semua dari kelantan je.
so, orang KL semua pakai baju hot2 je ke?

nak cakap jujur lagi,
hehe... tak puas hati lagi ni.
N takde saudara mara yang duduk kat kelantan.
keluarga belah mak semua asal perak,
keluarga belah abah asal selangor.
pastu pakcikmakcik takde yang kawen dengan orang yang asal negeri timur.
jadi, N takde darah kelantan :p

lagi satu, kita boleh ubah pemikiran orang lain yang anggap orang bandar macam KL & johor pakai baju yang hot2 je.

jadi kepada rakan2 N yang pakai labuh2 tu,
please proud to be yourself,
mungkin anda akan dipandang pelik oleh orang lain,
tapi ingatlah bahawa;

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]


p/s: macam mase kat tempat praktikal N tu, ramai je orang2 kelantan pakai tudung, tapi kat luar free hair.

pemakaian anak2 tak brkaitan ngan pekerjaan ibubapa

tajuk di atas agak panjang...
macam tajuk thesis plak...
tapi dah memang tu lah bende yang nak diceritakan...

first of all...
this is the TRUE STORY,
bukan rekaan semate2...

seperti biase,
pada suatu hari,
N pergi join member makan di sebuah cafe...
(kejap2, post kali ni gune N sebagai ganti nama diri sebab malas nak letak smiley.hoho..)

tibe2,
sorang drpd member N tanye;
"N, ayah N ustaz ye?"
N dengan pantasnye menjawab;
"tak, nape?"
kawan N jawab;
"tak de, saje taye"

ok. tuje...
haha...
pendekkan cerite ni...

ok,
actually N tahu kenape dia taye gitu,
(ni agaknye la)
N org KL,
pastu pakai baju and tudung camni...

yes! dalam pemikiran masyarakat sekarang,
"pakai longgar2 gini mesti makbapaknye ustaz/ah"
atau
"pakai camni mesti asal kelantan"

for me, that is not the issue,
(kite tekankan yang makbapak ustaz/ah tu dulu)
tak semestinye orang2 yang pakai cam gini sebab makbapak nye ustaz/ah,

cam N,
(jap2. untuk mengelakkan salah sangke, ni bukan nak menunjuk ye)
ayah N dlu amek bidang comp. science,

tapi what i proud about them is,
mereka dapat hasilkan 'one happy family at home',
haha... takdelah,
maknenye kitorang anak2 semua pakai tutup camni semua bukan sebab makbapak suruh,
tapi memang automatik,
tiade sebarang paksaan atau dengan tujuan untuk ikut2...
kitorng start pakai tudung pun sebab automatik,
(actually, tak tau nak jelaskan camne.)

jadi secara ringkasnye disini,
makbapak ktorang berjaya mendidik kitorang kearah yang positif,
walaupun dorang bukan ustaz/ah.

jadi di sini N ingin menegaskan sekali lagi bahwa,
(masuk karangan BM sikit ye)
pemakaian anak2 tak brkaitan ngan pekerjaan ibubapa.

ade je makbapak dia ustaz/ah,
tapi anak dia free hair.
atau pakai ketat2 ke.

ade je makbapak dia penyayi,
tapi anak dia pakai tutup aurat.

so, marilah bersama2 kita membuang perspektif gini.

p/s: sesetengah orang tengok mak N and tengok N. dorang kate "patutlah anak dia pakai camni.mak dia pun pakai camni". erm... what i can say is my mom also not 'ustazah'. she also amek bidang comp. sekali lagi, bukan saje2 tulis, tapi supaya kita semua lebih berfikir.