Thursday, April 9, 2009

Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan



Dah try soalan atas ni? Are you addicted to coffee or not?

Bawah ni antara fungsi kopi. Read if you want to read.

Antara fungsi kopi:

Di sebelah pagi, kopi menolong buah pinggang di dalam sistem perkumuhan, iaitu membuang segala bahan yang terkumpul sejak malam. Selepas makan tengahari, kopi menolong proses penghadaman pula.

Di sebelah petang, kopi menolong otot-otot supaya lebih berupaya dan kita akan berasa kurang penat.

Di sebelah malam pula, kopi memainkan peranannya yang tersendiri. Ia akan merangsangkan otak.

Bagi penggemar kopi, kopi boleh diminum asalkan tidak meminumnya secara berlebihan. Ini kerana, menurut eksperimen yang dijalankan ke atas tikus di makmal, kopi boleh membunuh haiwan itu jika diberikan dengan terlalu banyak atau berlebihan !!! Bukan sahaja kopi, tetapi apa juga benda yang diambil secara berlebihan, kesan dan akibatnya adalah tidak baik...

(Sumber: Mustafa Ali Mohd, Panduan Kesihatan: Apa Yang Anda Perlu Tahu)

pun suka minum coffee. Salah satu kebaikannya juga adalah, lepas minum coffee, mesti nak pergi tandas sebab usus juga akan menjadi lebih aktif selepas seseorang itu minum kopi. So, tidak adalah masalah sembelit...

No comments: