Saya sukakan awak

Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..
Saya suka berkawan dengan awak

Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu
Saya memang sayangkan awak

Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu
Saya memang tidak suka marah awak

Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu
Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!!)

Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)
Saya memang orang yang tak pandai tegur

Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu
Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (ehem...)

Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu
Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita

TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU!
(arghhh..tamparan hebat buat saya!!)
Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu

Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja‘meow..meow..meh makan meh’…hu3
Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,

Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu
(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu…! Ooohhhh…tidak..)
Saya memang pendengar yang setia

Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu
Ok, tu je. Harap fahamlah...

No comments:
Post a Comment